Aku tengok jua si Vin Diesel cuma..

by - Jumaat, Januari 27, 2017

 

Disebabkan ada kawan kata best sangat , maka aku gagahi jua ke Alamanda. Ponteng gym malam ni dan nak tengok tang mana bestnya XXX kali ni. Aku pergi pon sebab ada Vin Diesel.. heee..

image

Ok.. show bermula. Seperti yang diketahui aku , ada beberapa pelakon Asia turut berlakon seperti Donnie Yen dan Tonny Jaa. Yang pelakon Hindustan tu , aku tak kenal sangat. Tapi ok la.. sapa kisah kan ? Janji diorang dah level Hollywood.. Masyukk !

Cuma aku pelik satu jer..

image

Dah kenapa mamat ni boleh ada gak ? Adehhh.. Apakah filem ni perlukan dia untuk naikkan kutipan ? Atau sebab berlakon kat Brazil , maka diajak dia sekali ? Bagi aku dia ibarat watak pengawal istana pegang tombak jer.. Keras kaku. Adehh..

Filem ni diselamatkan oleh Donnie Yen ! Vin Diesel cam… dengan bentuk badan pon dah out ! Adehh.. sekurangnya kena la workout skit untuk kasi mantap ! Buat cam si The Rock… makin lama makin mantap atau si Sly tu ! Hurmm.. Frust aku weh !

Kalau takda Donnie Yen , aku rasa filem ni sedikit hambar. Dah boleh baca jalan ceritanya. Dan seperti yang disangka aku , takkan la si Samuel mati sebegitu mudah kan ?

Keseluruhan.. tak yah la buang duit gi tengok wayang.. tunggu je kat internet.. download jer ! Tapi kalau nak tengok pon , tak la rugi.. Boleh layan la aksi aksi dia cuma korang leh jangka punya la.

Filem XXX kali ni mengingatkan aku pada The Expendables yang menghimpunkan hero hero gempak !

Tunggu Fast N Furious lak !

You May Also Like

4 comments

  1. Hehe.. tepat jangkaan ku. X bes mana. X sbr tggu Fast Furious..

    BalasPadam
  2. Deepika Padukone! hihihi..
    ok kalau mcm tu tunggu dlm internet jelaa, bajet pon tak mengizinkan ni..

    BalasPadam
  3. Body Van Diesel terutama tang perut tak cute macam dulu dah.. tapi ai tetap suka dia.. suara dia.. fuh.. hehehe..

    BalasPadam
  4. dah tonton movie ne and rasa menyesal tgk huhuhu

    BalasPadam