Anak nombor 2 memang keras hati tapi.. ?

 

Hurm.. Zahra dah berusia 3  tahun. Dia punya 3 tahun serupa 5 tahun ! Aku pening kekadang ngan dia. Dia kalau kata ‘tak nak ‘ , maka tak nak la dia ! Paksa camana pun , dia tetap takkan buat ! Berbeza dengan abang sulung dia , Qhaliff.. Dalam tak nak tu , dia buat gak tapi bergelingan airmata la.. huhuhuh..

Bila ada abang dia , confirm ada pergaduhan. Bila takda , macam putus cinta rupa dia ! Duduk sorang diri.. buat hal sendiri.. Tak kisah pon kat bapak dia. Bila nak susu je baru cari. Selebihnya dia ada dunia dia , tanpa sempadan.

image

image

Nak pakai baju sendiri.. terbalik ke tak betul , kita suruh camana pun ..dia tetap nak pakai gitu gak ! Bila kita buat tak tau pastu , diam diam dia betulkan atau tak betulkan langsung ! Dia tau salah tapi dia tak nak ditegur ! Aku rasa kalau dia masuk sekolah ni , jenuh aku gak aku nanti ! Huhuhuh..

Tapi dalam keras hati tu sebenarnya dia seorang penyayang. Cuma tak nak tunjuk jer. Ada sekali tu , aku pura pura tidur.. dia kejut aku tapi aku tak layan.. tutup mata jer aku. Dia tengok jer aku. Kot kot aku tipu ke.. hehehehe.. Kemudian dia datang dekat dan cium pipi aku. Pastu gi masuk dalam bilik untuk tidur bersama ibu dia. Huhuh..

Dan sejak abang dia sekolah ni, dia takda geng. Bila abang dia balik.. dia punya suka dan bermain macam berpisah bertahun lamanya.. Pastu gaduh ! Huuhuu.. dan terasa dia kembali cemburu sebab abang dia dapat perhatian lebih ! Hurmm..

Aku anak no 2.. gitu gak rasanya perasaan arwah ayah aku ? Al-Fatihah untuk arwah ayahanda tercinta.

2 ulasan:

  1. Haha. Sweet je.Penyayang tapi taknak tunjuk tuu.

    AlFatihah. Moga ditempatkan di kalangan orang yg soleh.

    BalasPadam
  2. Hehe. Takpe, Zahra gaduh gaduh sayang gitu :)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009