Ahad, 15 Januari 2017

Bila si kecik dah pandai bercakap !

 

Ni ketika dia usia dua tahun lebih. Ikut wife gi opis dia.

image

Ingat lagi aku ketika ni.. dia cakap bahasa jerman dia sehingga usia 4 tahun lebih.. tunggang langgang ! Aku tak kalut pon. Biar jer.. sebab aku tau , nanti dia dah sekolah , cikgu akan sekolahkan dia ! Hahahaha..

Dan 2 minggu dia ke tadika di usia 5 tahun , dia dah banyak akal ! Pandai mencari alasan dan memahami arahan dan membalasnya semula !

Sekarang ni , aku asyik bersoal jawab je ngan dia..

“ Daddy.. kenapa car tu warna black ? “.

Ah sudah… soalan memerlukan IQ yang cukup tinggi untuk menjawab. Sebab kalau salah jawab , bila cikgu dia tanya kat sekolah , dia akan recall jawapan dari bapak dia ! Mampuih gue ! Hehehe..

Dan tadi, aku dah kena tipu hidup hidup ngan Qhaliff walaupun aku dah terbau akan pembohongan yang dia nak lakukan tapi atas dasar percaya punya pasal.. aku akur je dan ternyata aku ditipunya. Sebelum tu dia yang terpedaya namun atas kepintaran dia memutar belitkan keadaan.. aku kembali tertipu. Ternyata DNA beroperasi dengan baik sepenuhnya di tubuh badan dia ! Moga yang baik baik dia warisi.. Huhuhuh..

Dah. esok sekolah.. Dia tak bunyi dah tak nak sekolah. Tau la ramai awek cun kat sekolah dia.. Zaman aku dulu , semua laki.. boring siut ! Tak leh cuci mata.. cikgu pun tua dah ! Masa tu laa.. skang cikgu semua cun cun walaupun dah senior ! ( Kena hati hati dengan statement atau bakal diviralkan ).

2 komen :

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Sesekali ikut daddy pergi lunaskan kerja luar salah satu faktor juga Qhaliff mudah sesuaikan diri..alhamdulillah.

Afidah Azmi berkata... [Reply to comment]

dapat marka dah kot..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI