Selasa, 31 Januari 2017

Dialah abang , dialah kawan tersayang buatnya !

 

“ Abang gi sekolah yer.. “. Ugut Qhaliff.

“ Tak nakkk… “ . Jawab Zahra.

Gitulah setiap kali kalau Qhaliff tak dapat apa yang dia nak pada Zahra terutama toys atau gula gula ! Zahra memang takkan kasi pada awalnya. Tapi bila kita berenti meminta , dia akan kasi dengan sendirinya. Gitulah perangainya. Dia puji puji skit.. baru melekat !

Sama la gak ketika nak photoshoot pakaian baju pagi semalam. Memang dia tak nak punya tapi selepas tengok abang dia buat , dia nak join sama..

image

image

Sekejap je mereka membesar dan jadi geng ! Huhuh.. Tunggu sorang lagi.. Nampak gaya tak lama dah tu.. dah mula angkat bontot dah tu..

Abis berphotoshoot , bawak gi Alamanda. Belanja diorang. Cuti panjang.. tak bawak diorang gi mana pun.. Maka , Alamanda je la jawabnya..

Sedap laa diorang bershopping.. Sorang tarik , sorang angkut apa yang diorang suka dan tak suka ! Tak suka pun angkut tuuuu !

image

image

Dengan selamba bubuh dalam bakul !  Fuh.. bergetar tulang rusuk daddy tengok. Teringatkan akaun bank yang dah tinggal nyawa nyawa ayam tu.. huhu.. Redha je la.. asalkan anak anak gembira.

Yang paling mengharukan ialah.. dalam kereta. Kalau dengan Livina , boleh la sorang satu tempat tidur.. Tapi dengan kereta Bezza , jawabnya…kena beralah la ! Sapa yang akan beralah ? Dua dua.. Kekadang , sorang setengah tidur.. Tapi kalau Qhaliff yang tidur dulu , Zahra akan tidur kat bawah ! Huhhh ! Memang aku tak kasi la.. Kotor. Suruh naik atas. Kalau perjalanan jauh , aku suruh wife duduk belakang.. Zahra duduk depan dan tidur je kat depan..

Tak sangka boleh dia beralah dengan abang dia. Tak pernah gaduh pon bab ni. Sebab Zahra ni jenis kering hati. Tapi rupanya dalam hati ada taman. Serupa bapak dia ! Huhuhu..

image

Moga mereka kekal mesra begini sehingga ke akhir hayat.. Saling ambil berat antara satu sama lain. Kalau begini perhubungan mereka , aku dah takda nanti pun ok dah..

4 komen :

Sue Izza berkata... [Reply to comment]

anak no 2,lebih kurang je perangainya...

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Insya Allah semoga kekal hubungan adik beradik. Anak2 akn lihat contoh kita dgn adik beradik kita. mereka pun akn contohi sama.

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

kawan baik.. kawan gaduh juga.. semua lah. hahaha..

Radhia Razali berkata... [Reply to comment]

BSF! (Best Sibling Forever)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI