Hari 1 : Qhaliff di Tadika..

 

Dia terlalu aktif. Mungkin terlalu teruja ada ramai kawan. Maklumlah , selama ni duduk terperuk je kat umah. Kawan kawan yang ada pun , hanyalah sepupu sepupu dia. Di kawasan taman aku ni pun , dia belum lagi berkawan dengan sapa sapa lagi..

Dan dalam kepala dia , tadika adalah ‘taman permainan’. Belum dapat serasi lagi. Sian dia.. Amik masa sedikit dan aku yakin dia akan jadi sangat berdisiplin dan hanya perlu kesabaran dan tunjuk ajar yang betul. Seperti mana aku mengajak dia masuk ke dalam kolam renang. Tak perlu ajar dah nak berenang camana.. dia sendiri yang lakukan dan tak nak keluar dari kolam hingga puas berenang ! Selepas itu , dia mencuba apa jua termasuk di gym baru baru ni.. semua mesin dia nak main berbanding sebelum ni , dia datang dan main hp jer !

image

Wife ada bertanya pada guru tadika dia.. bila diajar belajar , dia lari masuk dalam ‘khemah’ kecil ni.. Heehehe.. Memang gitu dia dari dulu. Agak pemalu tapi bila dah panas , hurmm… Macam aku gak la.. Heee..

image

Esok , aku akan hantar dia sendiri ke tadika. Berdua je ngan dia. Dalam kereta , aku akan beri nasihat. Dan rasanya , aku kena buat sesuatu untuk dia lebih berdisiplin selepas ini.. Dia bukannya nakal pun cuma nak kasi dia lebih tenang dan sedar , dia dah bukan lagi ‘baby’.. Huhuh…

Dan malam ni , tidur awal dia yang mana malam malam sebelum ni dialah cukup liat nak tidur !

image

Banyak kerja aku dengan dia pasni.. InshaAllah.

2 ulasan:

  1. Bagus Qhaliff tak nangis pun 😊 Bab belajar tu, esok lusa, bila dah start berkawan, insyaAllah okey lah tu 👌

    BalasPadam
  2. InshaAllah boleh..besar nikmat bila 1st day ke sekolah Qhaliff tak menangis..yang lainnya tu perlahan-lahan..step by step..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009