Hari 2 : Seperti yang dijangkakan..

 

Dalam kepala dia di hari pertama , tadika ni tempat dia bermain ! Masa gi daftar ari tu pon , dia dok asyik dengan permainan yang ada kat sana. Aku yang dah pernah bawak dia pergi ke kelas pembelajaran beberapa kali , tau ini pasti akan berlaku !

MENANGIS serta MERAUNG !

Raungan dia , satu taman leh dengar ! Hahaha.. Dia dah set kepala dia dari malam tadi , hari ni tak nak gi sekolah. Tak nak belajar katanya. Dan dari awal pagi hingga dalam kereta , dia dok tanya nak pergi mana dan tak nak sekolah.

Aku tau punca dia tak nak gi sekolah. Selain dari tak nak belajar , dia kena tegur ngan teacher dia ! Dia ni tak leh kena tegur skit. Sentap dan merajuk terus ! Ngan aku lagi laa… Terus tarik muka gitu..

Dan pagi ni , dia gi sekolah dengan ULTRAMAN di tangan ! Puas aku pujuk suruh masuk kelas. Dia tak nak. Akhir sekali aku buat cara kejam. Dukung dan letak depan pintu. Pastu cikgu dia amik masuk dalam kelas. Aku tak pandang dia dah. Dia siap pegang pintu kelas tak nak masuk. Hahahahaha.. Adehhh..

image

Satu lagi.. dia baru lagi kan ? Seharian di tadika memang memenatkan.. Semalam , sampai  je rumah.. terus terlena.. Huhuhu.. Ni pun aku dok pk.. nak full day atau half jer hari ni. Kesian kat dia ! Hurmm… Tapi aku kena keringkan hati. Jangan dilayan sangat Qhaliff ni. Memula jer dia ni.. nanti ok dah !

Dan tadi aku mesej teacher dia.. tanya dia camana selepas adegan tragis tu.. Dah ok dah katanya.. Siap main lari lari lagi ! Heee… Kata dah… 

image

9 ulasan:

  1. haha.. pandai qahaliff buat drama dipagi hari..:)

    BalasPadam
  2. Drama pagi anak2 memang sama, sebelum sampai sekolah meraung bukan main tapi dah jumpa kawan2 terus lupa drama dia pagi tadi.

    Aqil pun sama, nasib baik abangnya ok.

    BalasPadam
  3. hehhee..mula2 je tu. bila dah terbiasa dengan persekitaran dan mula kenal ramai kawan baru, memang nak ke sekolah je nanti. hehehe

    BalasPadam
  4. Hihi. Gitulah anak2. Anak saya yg darjah 1 pun nangis bila kene pi skolah agama sesi petang.. dia kata ngantuk, susah nak belajar :D

    BalasPadam
  5. Huhu..mmg kena bt hati kering..

    BalasPadam
  6. airis pun gitu, balik sekolah siap janji esok tak nak nangis dah. hahahaa, kita tengok esok camne!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI