Hari 3 : Nak 2 jer !

by - Khamis, Januari 05, 2017

 

Jam 7 pagi. Aku tak kejut dia. Aku dukung terus Qhaliff ke bilik air. Dia akan terjaga sendiri. Aku berdirikan dan buka pakaian dia. Menangiskah ? Tak pun. Part ni dia tak susah. Dia gosok mata dan masuk ke dalam bilik air dan mandi.Takda masalah pon.

Bila dah sedar sepenuhnya ketika memakaikan dia baju, baru dia bersuara..

“ Abang tak nak sekolah. Nak 2 je. tak nak 3. Zahra pulak..”. Sambil menunjukkan jari jemari dia. Aku senyum jer dan kemudian membalasnya.

“ Ok.. nanti Zahra sekolah dengan abang jugak yer ? Abang kena sekolah dulu. Baru Zahra pulak. “. Terus senyap dia. Dia sayang adik dia.

image

Dalam dia taknak tu , kaki dan tangan dihulur jugak untuk pakai baju. Mulut je cakap tak nak tapi ok jer. Mengantuk kot ? Penat pon ye gak. Yelah , 8 pagi hingga 5 petang. Kita yang tua ni pon gi kerja kalau boleh nak berenti je kerja pastu gi main air kat Bangi Wonderland ThemePark tu haaa !

4 tahun dia bersama aku di rumah dan tiba-tiba berpisah dengan aku pastinya bukan mudah. Ambil masa juga semua ni.Nak kata dia jenis malas , tak pun. Al-Fatihah dah hafal pun dia. Dalam kepala dia masih nak bermain je lagi dan aku tak kisah pon. Baru 5 tahun kot ? Aku dulu 5 tahun ,  huruf A pon aku tak amik tau.. Hahahaha.. Sian budak budak skang.. mencabar sungguh kehidupan mereka.

Malam tadi , lepas Isya’  tv ditutup. Amik buku dan ajar dia termasuk Zahra. Si kecik , tidur dah.. Huhuh… Memang liat pada awalnya tapi kemudian ok jer. Dia kena mak dia gak ajar. Kalau ngan aku ,

image

Dalam seminggu dua ni nanti ok la dia. Dia budak bijak. Cuma perlu diatasi part ‘bermain’ tu jer dan juga part segan ! Lain lain ok je aku rasa.. Aku rasa laa.. tu yang teacher dia kasi tau.. InshaAllah.

Hari ni , mak dia antar gi tadika. Harapnya takda drama di depan pintu tadika tu.. Hee.. Semalam ada tapi lepas aku balik , dia ok dah. Ni biasa je bagi aku sebab masa aku letak dia di rumah mak aku pun gitu gak. Awal awal jer.. lama lama , dia dah tak kisah.

You May Also Like

5 comments

  1. hebat..sebab dah hafal al-fatihah..hehehe

    BalasPadam
  2. Hehe. Ben mengintai anak tak? Selalu mula mula masuk sekolah ni fasa mengintai :)

    BalasPadam
  3. alah bisa..tegal biasa..nani lama-lama cuti sekolah pun nak pergi sekolah :)

    BalasPadam
  4. Macam anak2 saya juga, 5thn tak pernah pisah dari Mama. Tapi insyaAllah, bila dah berkawan nanti, hari2 tak sabar nak pergi skolah :)

    BalasPadam