Jumaat, 6 Januari 2017

Hari ke 3 : Perkembangan terkini di tadika Qhaliff !

 

Awal pagi.. aku dukung terus ke bilik air. Dia tak nangis pon. Dah tau ayah dia akan buat gitu. Terus dia berdiri , buka pakaian dan masuk mandi. Tiada tangisan sehinggalah dia pergi ke tadika bersama ibunya. Aku tak hantar hari ni. Tak sanggup nak tengok dia teriak depan pintu. Apakah jika pergi dengan ibunya , dia ok ? Sama sama kita nantikan.. Heee..

Ok.. jam 8 pagi.. sampai dah di tadika dia. Awal sebab keluar pun awal. Aku mesej tanya wife.. camana ? Dia kata sayu je tengok Qhaliff menangis sambil pegang kain baju kurung dia ! Adeh.. Aku memahami sangat perasaan tu. Perasaan tu bukan sebab tak nak pergi ke sekolah tapi sebab tak nak berpisah dengan ibunda tercinta. Perasaan tu wujud hinggalah aku di sekolah menengah ketika melihat arwah ayah menghantar aku ke sekolah. Aku tak malu pon malah bangga je bila melihat ayah hantar.. terasa kasih sayang di situ. Tak kisah la orang nak kata manja ke , mengedik ke.. selagi dia ada , aku nak amik kesempatan tu selama yang boleh.

Itulah yang Qhaliff rasai sebenarnya. Bila mak dia atau aku sendiri berlalu , dia akan ok dalam tempoh beberapa minit ! Kawan ada ramai dalam tu dan dia tidak punya masalah untuk bergaul dengan sesiapa saja dalam tu , dalam tempoh beberapa minit !

image

Petang , aku mesej tanya. Camana perkembangan Qhaliff. Aku risaukan dia pukul budak dalam tu memandangkan sejak kebelakangan ni , dia kuat bermain ala Ultraman. Kaki tangan semua naik.  Dan uga risau dia melarikan diri ketika diminta membaca buku dan juga belajar.

Ini jawapan dari teacher dia..

image

Sangat melegakan aku. Tak sabar tunggu dia balik rumah dan bercerita apa dia buat di tadika hari ni..

Jam 6.15 petang.. wife sampai rumah bersama Qhaliff. Dari pejabat ke tadika dia amik masa 10 minit jer. Tak jauh pon.Wife kata , masa amik dia tu.. dia dah bukak mulut. Macam macam dia cerita.. Bersungguh sungguh !

Di rumah.. aku tanya dia..

Daddy : Best sekolah? Belajar tak?

Qhaliff : Best. Abg belajar. Makan nasi sup.

Daddy : Good boy. Esok sekolah ok?

Qhaliff : Taknak. Dah 3 dah. Zahra pulak.

Dia tunjuk jari dia. Semalam tunjuk dua. Tak sangka dia tau mengira dengan jari. Sebelum ni takda la pulak dia tunjuk walaupun berkali ajar. Rupanya dia ni ‘simpan ilmu’ rupanya. Pura pura wat tak belajar !  Dan , dia menuntut janji.. 2 kali je gi tadika pastu giliran Zahra lak ! Adehh.. boleh pulak gitu !

Hurm.. tengok pulak hari ke 4 ni. Kena pakai baju melayu gi tadika. Apakah dia akan nangis ? Aku rasa kalau dia cukup tidur dan tidak lapar , mungkin ok ! Tengok nanti acaner.. Tunggu update aku seterusnya.

8 komen :

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Mesti seronok dengar kisah anak-anak di sekolah...ada mcm2 versi...tak lama lagi Zahra pula punya giliran.

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

Hahahahaa.... Qhaliff oh qhaliff... Good boy...

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Hahahhahha bijak sgt Qhalif...siap kata giliran zahra okey punchline sampai buat auntie juju tersenyum...dia matang dan bijak lah ben...pandai dia fikir siap kira2 haaaa...good luck

Sam Ahnad berkata... [Reply to comment]

Rasa sayu membaca kisah Qhaliff. Melihat dia membesar dari umur setahun hingga ke hari ini, menjadikan hati ini amat dekat dengannya. Membesarlah duhai anak. Semoga kamu menjadi hamba dan anak yang taat kepada perintah Allah, ibu bapa dan dirahmatiNya dari dunia hingga akhirat. Berjaya dalam kehidupan. Aamiiinnnnn Ya Rabb.

Dura Norell berkata... [Reply to comment]

Hehe.. giliran zahra pula ye :) pandai lah Qhaliff ni :)

Emarieys berkata... [Reply to comment]

anak-anak ada parents manjalah sikit. Bila parents dah berlalu, boleh bawa diri sendiri dan dha mula ada kawan lagilah seronok nanti.

ADEEYA berkata... [Reply to comment]

Hehehe. Turn Zahra pulak ek. Alahai Qhaliff.

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Cute je Qhaliff. Dia pandai bawa diri tu, mesti ok je

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI