Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 17 Januari 2017

Kenali anak kita dengan lebih mendalam !

 

Aku gi gym bukan sebab suka suka. Bukan sebab nak buat badan kasi gempak pastu tayang kat orang tapi ada motif tersendiri yang memberi manfaat pada aku , pada satu hari ! Dan Alhamdulillah , apa yang target tercapai ! Aku dah buktikan pada rakan rakan serta wife yang apa aku buat selama ini.. memberi pulangan yang lumayan !

Dan segalanya ada pengorbanan ! Setiap pagi dan malam , aku akan ke gym. Sejak Qhaliff bersekolah ni , aku terpaksa curi masa yang terluang dalam masa sehari untuk ke gym. Kalau tak gi gym , aku akan kuat makan ! Hahahaha..

Qhaliff.. hurm.. bila dia tau aku nak gi gym , dia akan beria nak ikut ! Dia tau kat gym ada kawan best menanti ! Sebab tu dia nak ikut walaupun dia tau esoknya ada sekolah ! Hurmm..

Dan tadi , selepas Isya’ aku dah bersiap nak keluar gi gym. Qhaliff yg sedang tonton tv berpaling ke arah aku.

"Daddy nak pergi mana tuuuu? ". Satu pertanyaan yg punya berlagu gitu. Macam Amira Othman lak yg bertanya. Sejak bersekolah ni , dah berubah abis cara bercakap dia !

Hurm.. Nak jawab camana eh? Kalau aku kata gi gym, sah melompat nak ikut. Zahra dan juga Qhaliff. Kalau bawak dua dua , baik tak yah gi gym sebab aku lak kena jaga diorang !

" Daddy nk buang sampah jap.. ". Jawab aku. Tipu ! Terpaksa. Bukan nak sangat menipu tapi untuk elakkan dia dari nak ikut aku. Aku rasa kebanyakkan parents mesti buat gitu punya dengan perasaan berbelah bagi.

" Owh.. Okk.. ". Dia sambung tgk tv. Dia tak ucapkan ‘Bye’ ! Kalau dia ucapkan ‘Bye’, dia tau aku akan pergi lama. Tapi ni dia tau aku sekadar nak ke depan rumah dan buang sampah.

Aku pun melangkah keluar. Berjalan kaki. Gym berada di kawasan taman perumahan aku jer. Dan dah dekat dgn gym. Aku memandang gym tu dari jauh dan berfikir… Akhirnya , aku patah balik semula ke rumah.

Aku masuk je rumah , Qhaliff buka pintu.

“ Daddy gi buang sampah ke ? “. Dia ingat. Memang dia ingat ! Sebab tu aku tak nak menipu dua. Kalau dah janji ngan dia , sila tunaikan sebab dia pun begitu..

Masuk dalam rumah.. aku lepak ngan diorang.. Qhaliff dan Zahra. Jam di telefon dah menunjukkan 10 malam. Qhaliff dok layan Oggy. Aku suruh dia tidur. Dia kata abis Oggy dia tidur ! Ok.. tu janji dia..

image

Dan Oggy pon abis.

“ Qhaliff.. Dah abis.. gi masuk tidur. “. Arah aku. Dia bangun dan melangkah masuk ke dalam bilik tidur .

Hurmm… aku tak nak mereka menipu aku walaupun untuk kebenaran bila dah dewasa kelak.

3 komen :

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

Pengajaran yang bagus buat diri sendiri juga...

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

betul. klu kita sndr kena tipu, kecewa tu mcm hape lg. sama la anak pun.

Dura Norell berkata... [Reply to comment]

Setuju. Kalau perlu sekalipun, cuba cari alasan terbaik untuk mereka.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI