Maafkan aku , Vin Diesel !

by - Rabu, Januari 25, 2017

 

Wowww !! XXX dah main kat panggung ! Aku memang fanatik mamat botak berbadan sado nih ! Mengingatkan aku pada sorang blogger yang juga botak dan sado. Hensem pun lebih kurang gak.. cuma blogger tu hensema lagi la..

Ok ok.. tamo merepek dah walaupun hakikatnya benar. Begini.. Aku dah beli tiket GSV tadi.. kat Alamanda. Jam 10 malam punya tayangan. Beria nak gi tengok selepas seorang rakan kata best giler sebab ada Donny Yen ! Huhhh !!! Donny Yen ? Ip Man ?? Mengelupur aku atas katil selepas membacanya.

Tanpa pikir panjang.. wife pun dah kasi kebenaran.. aku pun rembat la satu seat. Maka bersiaplah aku..

“ Daddy , nak gi mana ? Nanti beli choki choki Boboiboy yer..”. Pinta Qhaliff.

“ Ok.. nanti daddy beli.” . Dah pandai mengirim skang dia ni ! Tak dapat ikut , tak pe.. janji dapat mengirim ! Dia tau , aku akan belikan punya.

image

Jam 8.30 malam.. aku keluar rumah. Kedengaran radio pun nak berkumandang azan Isya’. Terhenti aku  dari memandu. Aku parking tepi. Dan disusuli dengan hujan lebat..

Aku pikir punya pikir. Muka anak sorang sorang terbayang. Aku patah balik ke rumah. Singgah kedai runcit dan beli Choki Choki. Pastu terus balik rumah.

Di rumah.. Qhaliff buka pintu dah terus tanya choki choki dia. Aku pon sua kat dia.. Suka dia ! Aku masuk bilik. Wife terkejut. Tanya kenapa ?

“ Hujan lebat..”. Sememangnya aku tak suka memandu di malam hari dalam keadaan hujan lebat.. seorang diri !

Dia senyum je.. Tau dah perangai aku. Beria nak sesuatu tapi mudah terpadam sekelip mata. Aku solat.. bersiap.. dan gi gym.. dekat je ngan rumah. Jalan kaki pun sampai.

Rugi tiket ? Tak pe.. ada hikmah tuuu…

You May Also Like

4 comments

  1. Hehehe blogger 'botak' dan 'sado' tu dalam hati ada taman juga ye, hehehe. Sakan Qhaliff mengirim choki2,ahahahaha pandai...

    BalasPadam
  2. ai pun minat abam sado botak Vin ni.
    takpe, nanti boleh tengok!

    BalasPadam
  3. eemm.. beria baca sampai habis walau dah tahu ending nya macam mana.. hehehe.. sebab saya memang suka dekat dia.. sexy budak botak tu.. ggrrr... aauuuwww.. miowww...

    BalasPadam
  4. huhu.. den ni pun tak gemar drive masa tengah hujan lebat.. kalau terpaksa drive, memang seriau je rasa sepanjang jalan :(

    BalasPadam