Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 9 Januari 2017

Minggu ke 2 , Qhaliff ke tadika.

 

Dua hari cuti. Cuti hujung minggu. Jumaat sebelum bercuti , dia ke tadika tanpa tumpahkan setitis air mata tapi sebelum dia masuk ke dalam tadika , ada dia lafazkan sesuatu pada aku.

“ Daddy tak payah balik la.. “ .

Aku ketawa. Aku gosok kepala dia dan dia berjalan masuk ke dalam. Disambut oleh gurunya yang peramah. Alhamdulillah.. Dan cuti menjelma. Satu kenikmatan buat mereka yang bekerja serta belajar , kan ? Heheheee..

Apakah rahsianya yang membuatkan Qhaliff tak menangis ? Aku kasi dia milo kotak dan roti setiap pagi sebelum keluar rumah. Dengan perut kosong , mana mana budak akan buat karenah punya ! Sapa nak gi kelas dengan perut kosong kan ? Hehehee..

image

2 hari bercuti.. Isnin menjelma. Malam sebelum tu , ada aku tanya dia..

“ Esok sekolah tau.. “. Aku nanti jawapan dia.. Dan dia senyum jer. Aik ? Dah redha ke ? Huhu.. lega aku. Takda dah drama di pagi hari. Cuma dia perlu tidur awal untuk elak mengantuk di pagi hari. Kul 10 kena tidur dah !

Awal pagi.. tugas aku ialah mandi serta siapkan dia. Manakala wife akan masak sarapan serta makan tengahari. Nak mandikan Qhaliff , tak susah.. Dukung terus ke bilik air. Dan dia akan buka mata sejurus aku letakkan dia.

Dan pagi tadi , wife antar dia gi kelas. Menurut wife , sampai je depan tadika tu , dia disambut oleh seorang pelajar perempuan. Waduhhh.. ceria kata wife. Hahahaha.. Dan automatik dia sendiri yang buka kasut , letakkan di rak dan masuk ke dalam. Amboi… depan awek berlakon kaw kaw gitu.. Perangai sapa la dia ikut nehh !

Jam 4 petang , aku amik dia di tadika. Aku intai dia. Ok je dia. Semua pelajar sedang berehat. Ceria bila nampak aku. Dalam kereta , lena ! Huhuhu.. Sian , penat.. Aku sekolah dulu pun setengah hari.. budak budak sekarang , serupa macam gi kerja !

Masalah timbul dah ! Dia dah tidur petang.. malam berjaga lak ! Huhhh..

5 komen :

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Minggu kedua dah..setiap hari lembaran baru Qhaliff..dah ada kawan ya :)

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

kat sekolah dia tak tidur ke beben? maybe penat sangat kot...awal lagi kan, tak biasa lagi dengan waktu belajar seharian

Azura Aziz berkata... [Reply to comment]

Alhamdulilah. smoga qhaliff hapyy di taska ;)

Rozita Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

alhamdulillah.. semoga selamanya gini ye nak..

Emarieys berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah.. qhaliff dah dapat suaikan diri.. yea, memang kesian dengan masa anak-anak sekolah sekarang ni...diaorang lagi lama sekolah dari orang yang bekerja.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI