Nasihat buat perokok !

 

Aku gi basuh kereta tadi. Bukan aku basuh tapi orang lain basuh. Aku tak rajin nak basuh kereta sebab kalau basuh mesti tak puashati punya ! Huhuhuh.. pastu main air je lebih !

Sementara menanti kereta selesi dibasuh , aku duduk la satu tempat khas yang disediakan.

image

Bukan milik aku. Baru nak mula bayar !

Udara segar ! Sedap betul hirup sambil menanti kereta siap. Tiba tiba segalanya rosak sekelip mata ! Datang sorang mamat , duduk sebelah aku. Dan merokok ! Aduhhhh… tak pasal pasal aku lak kena sedut asap rokok dia ! Aku pandang 2.3 kali. Wat dek jer !

“ Nak tegur ke tak ? Kang tegur , sentap.. boleh jadi gaduh ! “. Aku pulak bab menegur orang ni , kekadang nampak kasar. Nasib baik tak lama.. kereta aku siap. Aku pun bayar dan masuk dalam kereta.

“ Harap muka kacak tapi perangai becak ! Hampehhh.. “.

Tolong pritahin la skit kawan ! Kalau tak sayang nyawa sendiri , orang disekeliling korang tu sayangkan nyawa dia. Letih la nak gi spital atau klinik sekadar nak merawat penyakit yang berpunca  dari manusia lain ! Hurmm..

5 ulasan:

  1. perokok ni memang tak kisah dh org sekeliling die..asalkan dpt puaskan ketagihan diorg

    BalasPadam
  2. Setuju boss! Kadang2 kalo di kedai makan, kat meja makan tu juga lah depa nak merokok.. kalau kat rumah sendiri, boleh pulak depa lari ke luar rumah jauh dari meja makan kalo nak merokok! tension betul!

    BalasPadam
  3. Selalu jumpa orang mcm ni ben...lagi2 kita sebagai ibu yg bawa anak ni tengah makan...sekali hisap rokok belakang meja...asap tu berkepul2 dtg kt kami...Allahuakbar...ptg kan diri sendiri betul...sedih

    BalasPadam
  4. Berhenti berhisap rokok dengan segera boleh menjadi perkara yang amat sukar walaupun ramai orang pun tahu ia membahayakan kesihatan mereka. Jadi kita yang perlulah elakan perokok. Mereka hisap, kita jalan jauh ke tepi.

    BalasPadam
  5. hahaha perangai becak..memang pun..

    BalasPadam

Entri Pilihan !

Sebak melihat mereka gembira dapat cermin mata dari Eyes Smart Group , Sungei Wang.

Aku 'berkawan' dengan founder Pusat Jagaan Rumah Amal Titian Baiti Al-Jannah lama dah. Dah hampir 7 tahun atau lebih kot. Statusny...

Dikuasakan oleh Blogger.