Suri rumah patut dapat cuti khas !

by - Khamis, Januari 12, 2017

 

Suri rumah… bila sebut suri rumah , ramai senyum. Best giler kot duduk rumah dari gi pejabat ! Stress tengok muka boss atau bergaduh teman pejabat yang jenis jilake punya hati. Huhuh..

Aku baru 3 anak. Setiap pagi , lepas subuh.. siapkan Qhaliff. Kemudian si kecik pon terjaga. Samada wife akan mandikan dia jam 7 pagi atau aku. Zahra bangun lewat sebab tidur lewat !

Qhaliff dan wife keluar rumah. Aku berpandangan dengan Aariz ! Nak buat apa skang ? Jangan banyak bunyik.. gi sambung tidur , Aariz ! Daddy banyak kerja nak buat ni.. Hurm , tapi kerja apa ??? Memasak ? Mengemas ? Semua dah dibuat wife. Bayangkan kalau dia yang duduk rumah , aku gi kerja.. Semua tu dia akan buat sehingga aku balik kerja ! KALAU aku yang gi kerja yer tapi sekarang keadaan terbalik. Aku duduk rumah , jaga anak tapi tetap kena kerja !

Jujur aku katakan.. PENAT SANGAT OK ! Tidur aku sekarang cuma 3-4 jam setiap hari.  Nak curi curi tidur , time Aariz terlena. Masa tu aku dapat la curi dalam 10-15 minit sebelum dikejut Zahra. Tengah sedap tidur , Zahra lompat ! Fuh.. leh terhenti jantung dibuatnya !

Isnin sampai Ahad.. Rutin sama. Ditambah lagi dengan gi gym lagi di waktu waktu yang terkosong ! Haa.. Aku perlu gi gym atau aku akan kuat makan ! Kalau gi gym , penat.. nak makan pon takda selera ! Hahahaah.. kononnya !

Dan kalau aku sakit , takda cuti ! Suri rumah takda cuti walaupun sakit. Hahahahaha..

image

Maka dengan ini , aku mintak laaaa kerajaan prihatin skit. Bagi la HARI SURI RUMAH sehari dalam setahun ! Dapat la gak kitorang ni berehat tanpa gangguan sapa sapa.. dapat sejam dua pon ok laaa ! Sebab suri rumah camana pun , takleh berpisah dengan anak anak dia.. kan ? Geram camana pun , nak anak anak di sisi ! Huhuhu..

Selamat Menyambut Hari Suri Rumah buat kita yang duduk rumah jaga anak ni !

You May Also Like

5 comments