Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 28 Februari 2017

Impian ke New Zealand menjadi kenyataan !

 

Bila tengok gambar kawan kawan yang post gambar melompat lompat di sana , terasa hati nak sangat menjejakkan kaki di sana.. sekali je pun ok dah ! huhuhuh.. Camana eh nak gi sana ? Kumpul duit atau… hurmm.. Impian tu aku pendamkan sehinggalah tahun ni , aku timbul keyakinan ! Keyakinan tu membuatkan aku berusaha jadikannya kenyataan !

Dan hari ni aku terima berita gembira ! Alhamdulillah.. projek yang aku usahakan dalam tempoh seminggu , dapat kelulusan ‘semua pihak’ ! Huhuhuh.. Menariknya.. bukan aku pergi seorang diri ! Aku bawa 3 orang rakan blogger dari team #KBBA9 ! Aku dicadangkan oleh pihak travel yang berada di sana , pergi di musim bunga yakni bulan September nanti ! Maka ada 6 bulan untuk kumpul duit (jika nak shopping) ! Huhhuuh..

Apakah aku akan nampak semua ni nanti ???

image

image image

image

Aku harap.. aku panjang umur untuk berpeluang menikmati ciptaan Allah ni. Terima kasih pada ‘mereka’ yang terlibat. Nanti aku bagitau sapa eh.. hehehe..

Budak-budak nakal kembali !

 

Terkejut aku ! Dah berpisah bertahun tahun lamanya. Masing masing bawa diri. Aku , pindah ke Putrajaya. Dan yang lain.. ada pindah gym dan bekerja. Yelah , aku kat gym ni dari usia 22 tahun kot ! Sekarang dah 41 ! Bayangkan laaa.. ni la muka muka yang sama sama berworkout. Nasib baik badan masing masing sama macam dulu ! Hahahaa..

Tak ramai turun lagi ni. Kena buat gathering besi pasni !

image

image

image

Dan gambar bawah ni , gambar di tahun 2007 gitu..

image

Dan gambar feveret yang suka dicuri para penguna akaun palsu media sosial ! Huhhh..

image

Dan sekarang ..

image

Amacam ? Usia 20an dan 40an.. ternyata makin berusia , makin kacak , kannnn ! Hahahahaa..

Lokasi gym : Bionic Gym , Cheras.

Punca aku makin kurang update blog !

 

Asal aku pegang.. dia pun nak ! Nak sekejap jer.. Nak tekan A , katanya. Bila dah bagi , abis satu laptop ni dia ubah. Aku nak ubah semula  ke asal pun dah tak camana ! Adehhh..

Jadikan Zahra blogger ? Eh , tak pe laaaa… Nanti banyak rahsia aku lak dia cerita dalam blog. Haaahha.. mana boleh wehhh. rahsiaa tuuu !

Tapi aku nampak dia lebih berpotensi dari Qhaliff. Dia punya gaya dan sangat misteri orangnya. Aku tak boleh nak baca perangai dia lagi. Dia baru 3 tahun dan 3 tahun dia berbeza dengan 3 tahun Qhaliff.

image

Kejadian di dalam gambar berlaku ketika jam 2 pagi. Pada waktu waktu gini laaa ku update blog dan sekarang , dia turut sama menyelit.

Dia bukan nak sangat main ngan laptop tapi dia nak aku tutup laptop dan tidur sekali dengan dia. Tu cara dia nak tarik perhatian aku. Yer , dia sangat sukakan perhatian. Hurmm… Tapi dari aku jer !

Isnin, 27 Februari 2017

Abiskan masa bersama anak..

 

Hurm… sebenarnya pelbagai cara dah diviral di media sosial untuk sedarkan si ibu bapa betapa masa yang ada diluangkan bersama anak anak.. bukannya mengadap telefon atau gadget !

Apa pun alasan sebenarnya , mereka yang bekerja dari hari Isnin hingga ke Sabtu , siang hingga malam.. secara tidak disedari mengabaikan anak walaupun alasan adalah untuk mencari duit , patut mencari masa dalam setiap 24 jam dan berikan pada anak kita. Atau kita akan menyesal satu hari nanti !

Bagi yang tidak berkemampuan , aku paham. Tapi bagi mereka yang dah terlebih mampu , tapi masih mencari beria ria sehingga dah dah tak apa lagi nak dikejar ?? Anak terabai..

Tak dinafikan , kadang kadang aku pun terleka.. Nasib baik ada media sosial yang memviralkan unsur unsur positif yang setepek kena muka kita !

image

image

Luangkan masa untuk mereka. Jangan tunggu cuti sekolah , baru nak bawak berjalan. Mereka perlukan kita , setiap saat !

Ahad, 26 Februari 2017

Impian semakin jadi kenyataan !

 

Tahu tak apa impian aku sebelum menjadi blogger yang  dikenali ramai dimana aku rasakan tak mungkin tercapai sama sekali !

  1. Nak tengok kilang pembuatan kapal terbang ! Aku memang taksub skit dengan kapal terbang dan merasakan kapal  terbang antara ciptaan ajaib manusia !
  2. Nak  dapat telefon pintar percuma terus dari syarikat telefon.
  3. Muka terpacak dalam surat khabar dan majalah terkenal serta tv yang berkisarkan mengenai diri aku sendiri !
  4. Melancong dibawah tajaan syarikat penerbangan ! Tak mungkin sama sekali ! Aku bukan artis.. hahaha
  5. Masuk hotel terkenal , sebut je nama aku.. dapat tidur semalam percuma ! Hahahaha..
  6. Artis / Pelakon terkenal , kenal aku ! Fuh , perasan abis !!
  7. Dapat laptop free !
  8. Merasa la skit duit dari blog.. huhu..
  9. Membantu blogger lain mencapai impian mereka seperi.
  10. Gi negara negara impian seperti New Zealand dan Eropah.

Secara jujurnya , aku memang telan air liur je la bila tengok blogger blogger terkenal ketika tu , bercerita mengenai kejayaan mereka. Cemburu tu tak la tapi ada la timbul pertanyaan camana mereka berjaya lakukan ? Kalau mereka itu artis , ok la kan.. tapi bukan la pulak ! Camana tu ?

Setelah 9 tahun bergelar blogger… banyak impian aku dah jadi kenyataan ! Di luar jangkaan sama sekali. Rezeki yang tak diduga sama sekali.

image

image

image

Dan aku nak kongsikan apa yang aku rasa bersama mereka yang sebidang dengan aku ! Pada masa yang sama , aku turut nak buat banyak kebajikan melalui blog serta komuniti blogger yang aku bina. InshaAllah..

Aku bukan nak berbangga tapi sekadar nak berkongsi terutamanya mereka yang dibuang kerja akibat ekonomi yang semakin merundum tapi dinafikan oleh ‘mereka’  ! Huhh.. geram neh ! Nasib baik tak nak cerita pasal politik dlm ni dah !

Oh ya.. rezeki ada di mana mana.. terutamanya di dalam internet ni , ada banyak cara nak dapatkan pendapatan. Biar la sedikit dari takda langsung ! Usaha dari bawah. Jangan asik pikir kerja dengan orang baru boleh hidup !

InshaAllah , ke New Zealand lak nanti.. huhu.. ! Menariknya ialah… biarlah aku cerita nanti.. heee..

Sabtu, 25 Februari 2017

Anda blogger ? Nak IPhone 7 atau wang tunai ??


Heehehhee.. Ada satu contest yang sedang berlangsung di blog aku. Giler senang punya contest ar ! Sebagai blogger , korang kena kreatif kan ? Takkan nak jadi blogger copy paste atau sekadar keyboard warrior je kan ? Sesekali try la cuba nasib. Mana tauuuu.. cam aku pernah la gak menang hadiah cam handphone dan juga tablet.
Contest anjuran TYZARA ni akan berlangsung selama sebulan. Hadiah utama ialah Iphone 7 ! Ada yang kata nak cash ! Adeh.. Apa laaa.. Kalau menang , jual la hp tuuu ! Dapat la cash ! Adehh.. kan kan ?
Tak paham cara atau peraturan dia ? Mudah jer.. Korang ikut je langkah yang diberikan. Ada banner.. pastu letak tajuk.. backlinkkan ke entri pertandingan.. pastu sms ke penganjur.. bagitau nak join ! Haa.. pastu buat la entri ! Part entri ni , kena kreatif ! Jawapan mengenai Tyzara boleh dapat di point yang ada telegram iaitu di www.telegram.me/shampoosoya .  Haaa.. Nak lagi syiok.. selfie la ngan produk ! Oh yaa.. produk tak wajib kena beli tauuuu.. nak beli lagi bagus.. kot kot rambut bermasalah.. hehee.. leh buat review lagi gempak kan ?
Ok..tu je tips untuk kali ni ! Kalau korang tak join, aku join ! Gilerrrr tak nak Iphone 7 ! Menang leh jual tuuuu.. hahahaha..
Amacam ? Nak join ? Klik Sapa nak IPhone 7 ? Meh sini mehh !
image
2 kategori hadiah untuk korang.. Artikal dan share terbanyak !

Bengang abis dengan Zahra !

 

image

Buah hati aku. Walaupun setiap malam aku confirm akan bergaduh dengan dia , dia ni laa yang akan aku rindu bila aku gi mana mana .. Bak kata orang yang mengenali aku dan Zahra , bila tengok Zahra jer.. diorang akan kata dia ni klon aku versi perempuan ! Muka tarak senyum punya tapi bila senyum , confirm cair ! Huhu..

Nak dijadikan cerita.. semalam.. dari jam 1 pagi – 5 pagi , aku gagal untuk tidur lena ! Zahra mintak susu untuk kali ke 4 ! Aku tak nak bagi. Aku suruh dia tidur. Dia tak nak. Aku tidur jer ! Biarkan dia. Dan dia , setiap minit akan kacau aku dan mintak susu ! Geram betul laaa!

Sehingga jam 5 pagi.. akhirnya aku mengalah. Aku buat jugak kat dia selepas dia kena marah ngan aku. Dia ketuk muka aku ngan botol susu ! Sapa tak marah woiiii ! Ko tengah tidur dok mimpi bercandaran di pasiran pantai ngan awek  hijabista ! Haaaa…

Bagi susu.. dia tidur ! Bila dia tidur , aku kesian tengok dia. Tidur dengan air mata bercucuran.. Haih.. Kejam tul aku ! Tapi kalau kasi , lagi kejam ! Zahra ni , kalau dia nak .. dia mintak sampai dapat ! Entah perangai sapa laaa dia ikut… ( aku la tu ).

Jumaat, 24 Februari 2017

Sapa nak IPhone 7 ? Meh sini mehh…

 

image

Mudah sangat.. Join contest ni jer ! Ikut je arahan seperti yang aku suruh. InshaAllah , hadiah boleh jadi milik korang atau milik aku ! Aku join , aci tak ???? Hee.. gurau jer..

Ok… Caranya , mudah jer. Syarat Penyertaan:

  1. Tajuk artikel  : Kenapa aku pilih TYZARA  ?
  2. Sila letak banner / poster ke dalam entri anda. Wajib ada yer ! dan tajuk Kenapa aku pilih TYZARA  dibawahnya.
    • image
  3. Utk blogger yg nak join sila type "Tyzara Contest" dan hantar whatsapp ke 019-2944799
  4. Kemudian sila buat karangan ringkas dan wajib ada point berikut:-
    • Kenapa aku pilih Tyzara..
    • Apa itu Tyzara? 
    • Tyzara adalah jenama bagi Shampoo Rawat Rambut yg lebih dikenali sebagai shampoo soya.
    • Info penting yg lain boleh di dapati di sini:-
    • Gunakan keyword di bawah. Wajib ada ! :
      • i. Shampoo soya.
      • ii.Cara rawat rambut gugur
      • iii. Rambut gugur lepas bersalin
      • iv. Rambut rosak/Bercabang
      • v. Gatal kulit kepala dan kelemumur
  5. Share entry di Facebook dengan menggunakan hastag: #ShampooTyzara , #ShampooSoya, #RawatRambutGugur
  6. Dapatkan SHARE sebanyak yang mungkin.
  7. Kemudian , sila tinggalkan link entri anda di ruangan komen ini ! Pastikan tinggal yer ! Tak tinggal.. hurmmm.. payah laaa nak curik trafik ! Heehehehe..
  8. Tarikh tutup ialah 23hb Mac 2017. Pemenang dijangka akan diumumkan awal April 2017.
  9. Pada hari terakhir peraduan iaitu pada 23th Mac 2017 Screenshot SHARE  dan link FB anda tersebut ke 019-5767697. Mereka yang cuba menipu, automatik terbatal.

  10. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

Hadiah-hadiah yg menanti korang ialah :-

Kategori Artikel Terbaik

Tempat Pertama : Iphone + Produk Tyzara

Tempat Kedua : RM500 + Tyzara

Tempat Ketiga : RM300 + Tyzara

Kategori SHARE Terbanyak:

Wang tunai RM500 + Tyzara

 

Tunggu apa lagi ???? Cepat la buat ! Jangan buang masa lagi.. Iphone 7 tuuuu !

Aku botakkan Aariz pulak !

 

Heehehe.. bermakna , akulah lelaki paling kacak dalam rumah aku ini selepas berjaya botakkan kepala Aariz ! Heeee…

image

Ni gambar semalam sebelum aku botakkan licin kepala dia ! Kenapa aku botakkan ? Sebab rambut dia naik tak beberapa cantik. Huhuh.. Kesilapan ketika aku botakkan pala dia masa lahir dulu. Tak kemas  sangat aku mesin sebab kelam kabut !

Nasib baik masa aku botakkan kepala dia ni , dia tak banyak karenah. Diam jer.. layankan aja mesin tu.. Huhuh.. Dan bila dah botak , baru nampak di kulit kepala dia ada problem ! Berkuping gituu.. Siann dia..  Nasib baik aku botakkan.. kalau tak ??? Tak sedar la sampai dia kawin ! Huhhh..

Hehehe.. Qhaliff lak aku nak botakkan ! Dia dok perasan dia hensem sangat dari daddy dia ! Tunggu la dia tidur nyenyak nanti.. Aku kerjakan rambut dia !

image

Khamis, 23 Februari 2017

Bila susu ibu abis stok !

 

Tak banyak stok kali ni. Wife tak sempat nak buat stok banyak banyak sebab ketidaktentuan masa dan juga kesibukan di pejabat namun dia berusaha juga mendapatkan stok untuk setiap hari.

Sehari , Aariz akan abiskan 5 botol susu di sebelah siang. Malam , dia menyusu direct jer. Masa aku jaga je dia menyusu menerusi botol.

image

Dan seperti yang djangka , akhirnya stok abis pada hari ni ! Wife pesan , kalau stok abis.. dia suruh aku gi amik kat pejabat atau dia akan hantar ke rumah..

Tengok jam.. kul 3 petang. Qhaliff abis kelas jam 4 petang. Ok la.. aku leh amik dia sekali ! Terus siapkan budak budak. Risau Aariz menjerit dalam kereta nanti. Huhuh.. Harapnya tidak la… Bukan apa.. kalau Aariz menjerit , fuhh… aku tak keruan. Budak nangis leh sampai tahap kena sawan wooo.. orang kata laaaa !

Maka bergegas la aku dari Sepang ke Putrajaya semata mata untuk bagi Aariz susu ibu ! Bagus tak aku ? Hahahaha. Dan berjaya jugak Aariz buat aku kelam kabut ! Huhhh..

Jangan tunggu sakit wooo !

 

Ok.. malam ni nak layan HIJAU jer ! Siang tadi , ke Jaya Grocers di KLIA2. Kat sana banyak sayur organik selain di Cyberjaya. Lupa pulak aku nama mall tu.. heee.. Seminggu sekali layan GREEN ! Nak cuci usus la katakan.. hahaha..

Kos pembelian.. RM100++ ! Adehh ,bankrupt gini tapi mengenangkan usus , limpa , buah pinggang serta hati yang nilainya jauh lebih mahal.. ku telan jua !

image

Lepas gym tadi.. aku buat jus ni ! Dan.. gulp ! Adehhh.. terlalu banyak campuran tapi epal hijau tak banyak. Kalau epal hijau tu buh banyak . mmg aku leh harung sekali gus !

Wife yang dalam bilik pun leh terbau sayur tu ! Tak mau dia telan ! Terpaksa letak buah delima dan sebijik lagi epal hijau.. Baru la leh telan skit !

Bukan senang nak jaga kesihatan. Hahahah.. Last last , order Shaklee je la.. Tapi jus hijau ni aku minum gak ! Sebulan sekali je la.. hehehe..

image

Oh , aku order Shaklee ni kat Cikgu Nizam yang juga blogger #KBBA9. Aku beli kat dia jer.. Senang citer !

Kalau nak tau lebih lanjut pasal produk ni , leh whatsapp Cikgu Nizam di 013 976 1627 ! Tanya la puas puas yer. Dah tua tua ni , kena la jaga kesihatan. Dan yang muda tu , jangan amik remeh pasal kesihatan lak eh..

Rabu, 22 Februari 2017

Kisah hidup dari rakan pembaca blog.

 

image

Aku terima satu email dari seorang rakan pembaca yang inginkan kisahnya disiarkan di blog. Semoga beliau tabah meneruskan kehidupan ini. Dan kisahnya memberikan kita pengajaran yang amat berguna. Menurutnya isterinya suka baca blog benashaari.com ini. Terima kasih saya ucapkan. Moga bekas isterinya dapat menyelami luahan hatinya.

Assalamualaikum,

Tujuan saya menceritakan tentang diri saya ini tidak lain tidak bukan hanya kerana ingin berkongsi cerita dengan pembaca semua agar ianya diambil dijadikan ikhtibar dan pengajaran.

Nama saya Hadi, usia saya kini 33 tahun, saya merupakan duda beranak dua, setelah menduda 2 tahun baru saya sedar saya telah melakukan banyak kesilapan di dalam rumahtangga kami dahulu sehinggakan ianya musnah sebaik sahaja menjangkau 5 tahun perkongsian hidup kami. Selama ini saya betul2 tidak kisahkannya, bagi saya apa yg berakhir itu sudah berlalu, saya bebas tanpa komitmen. Kisahnya begini...

9 tahun yang lepas saya telah mengahwini seorang gadis yg bernama Rina, dikenali melalui myspace, ketika itu myspace sgt popular, pertemuan pertama kami telah menimbulkan bibit2 cinta, 3bulan saya mengenali Rina tanpa membuang masa saya terus mengajaknya berkahwin, dia bersetuju dgn lamaran saya, oh ya .. saya merupakan seorang pegawai dlm badan beruniform begitu juga dgn Rina. Saya sgt mencintai gadis yg saya kahwini itu dan sy juga beranggapan dia miliki perasaan yg sama. Rina seorang yg sgt baik, lembut, cantik, manis, penyayang dan paling penting pandai menjaga maruah diri.

Bagi saya hidup sudah lengkap sesudah berkahhwin, namun sy ni jenis bersosial, saya suka berkawan, saya mempunyai ramai kenalan dan saya mempunyai satu hobi yg saya minati sejak kecil, sy seorang bikers. Memandangkan kewangan saya agak stabil ketika di awal perkahwinan, saya telah membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi secara ansuran bulanan, ketika itu usia anak pertama kami baru 6 bulan, isteri saya ada menghalangnya katanya kewangan keluarga masih belum kukuh tetapi biasalah, saya mengherdiknya, saya katakan bahawa saya mampu.. selama ini saya menyediakan keperluan dlm keluarga dgn baik tanpa kurang walau sedikitpun.

Masuk tahun ke dua perkahwinan saya mula mempunyai masalah kewangan, saya ada banyak tanggungan.. ekonomi semakin meningkat, gaji tetap sama, banyak potongan yg saya perlu buat, hutang kereta, hutang motosikal berkuasa tinggi, hutang peribadi dan macam2 lagi, saya mula tidak senang duduk akhirnya saya membuat pinjaman peribadi lagi, isteri saya seperti biasa .. dia tidak bersetuju dgn apa yg sy buat, tidak pernah! Masa saya banyak dihabiskan dgn kerja dan hobi.. isteri saya pula langsung tidak menyokong hobi saya itu, saya tidak menghiraukannya.. isteri saya sudah berkali2 memberi nasihat namun saya memarahinya, bagi saya masanya hanyalah dirumah bersama anak2 setelah habis waktu kerjanya.

Setelah berkahwin, Rina tidak seperti dulu, dari seorang yg periang menjadi murung, bukan lagi seorang yg penyayang, bukan lagi seorang yg lemah lembut, dia sering melawan saya, dia tidak pernah hormatkan saya, balik je rumah dia menyambut saya dgn bebelan, mukanya tiada senyuman, tak pandai berhias bukan setakat kt rumah malah bila keluar, dia sgt selekeh, tidak mcm saya yg sentiasa bergaya, sejujurnya sy pernah curang dgnnya, bagi say pula itu sekadar asam garam dlm berumahtangga, biasalah.. sebelum kawin manja2, dah kawin semua tu hilang. Sy lupa yg isteri sy ini seorang yg bekerjaya .. dia juga punyai rupa yg menarik walaupun selekeh, sebelum berkahwin pun dia ramai peminat. Masuk tahun ke empat perkahwinan, masalah kewangan sy semakin kronik hinggakan sy tidak mampu menyara diri sy sendiri, semuanya isteri yg uruskan. Sy pula terlalu sibuk dgn kerja, kami memang tinggal sebumbung tapi jarang bertemu, anak2 sentiasa mencari sy tapi apakan daya, sy perlu bekerja.. kesibukan kerja menjadi alasan untuk kami keluar bersama2, sesungguhnya sy tdk seperti org lain, sy tdk pernah membawa anak dan isteri sy bercuti utk kami sahaja, sepanjang 5 tahun itu boleh dikira berapa kali kami keluar makan bersama, kalau keluar pun sekejap sgt. Sy lebih suka habiskan masa bersama kawan2 di luar dan pergi ride bersama kawan2. Tiap2 minggu sy wajib hadir TTS, sedangkan sy biarkan isteri sibuk menguruskan anak2 seorang diri di rumah.. YaAllah, malu sy pda diri sendiri kalau dikenang kembali.

Hinggalah masuk tahun ke lima perkahwinan, Rina sudah kurang membebel, dia hanya diam sekiranya sy buat apa2 kesilapan, sy jadi lega.. syukur Alhamdulillah, namun.. Rina telah menfailkan cerai di Mahkamah, sy tak sangka.. betul2 tak menyangka Rina mampu kotakan apa yg dia pernah cakap dulu.. "jangan sampai sy tak rasa apa2, masa tu.. apa yg dibuat hanya utk anak2 je.." sy bersetuju ceraikannya, kami telah berpisah.. ketika itu usia anak kami yg sulung ialah 4 tahun dan anak ke dua kami 1 tahun 6 bulan.

Selepas saya berpisah saya rasa sgt bebas. Tapi jiwa sy kosong, saya mulai merindui bekas isteri saya, selepas bercerai Rina mendapat posting kebajikan, dia dpt bertugas di kampung dan tinggal bersama orang tuanya, kira-kira setahun penceraian dia telah berkahwin dgn seseorang yg sgt sy kenali, mcm mana perkenalannya saya tak pasti, orang itu merupakan rakan sekelas saya sewaktu di sekolah menengah, saya tak sangka, dunia ini sgt kecil.. selepas mereka berkahwin saya semakin terasa kosong.. banyak2 wanita yg saya kenal, ada yg jauh lagi cantik dari Rina namun semuanya tak kekal, mereka tidak bersabar dgn sikap saya, tidak seperti Rina.. walaupun banyak membebel tapi dia sentiasa menyokong saya, dia sentiasa menolong saya, dan dia sentiasa menjaga zuriat saya dgn baik.

Suatu hari saya menghadiri reunion sekolah saya, saya berjumpa Haziq, suami baru kepada Rina.. kami bersembang panjang, dan kami berbicara tentang anak2 dan juga Rina. Mereka nampak gembira dan ceria, saya tidak pernah melihat Rina seceria itu.. dia nampak semakin cantik, mmg jauh bezanya sewaktu menjadi isteri sy, dia sgt lemah lembut, saya lihat dia bergurau dgn Haziq.. sedangkan sepanjang 5 tahun perkahwinan dia tidak pernah begitu dgn saya. Lalu saya tanya Haziq.. mcm mana dgn Rina sekarang?? Katanya Rina seorang isteri yg sgt bagus.. isteri yg taat, penyayang, dia sgt bahagia dgn perkahwinan yg baru mencecah setahun itu. Saya bertanya lagi mcm mana dia membahagikan masa dgn kerjayanya sebagai seorang doktor dan keluarga.. katanya cukup mudah, dia seorang yg sgt sibuk, masa selain kerja hanyalah untuk kekuarga.. kemana2 dia akan bawa keluarga, dia akan mendengar pendapat isterinya walau pendidikan isterinya itu tidak setaraf dengannya. Di rumah dia akan buat kerja bersama sama dgn Rina, bukan mengharapkan rina semata mata, walaupun anak2 itu hanyalah anak tiri namun dia akan menguruskan anak2 itu sekiranya Rina sibuk. Rina kelihatan sgt2 bahagia kini, cantik sgt2... mukanya bersih, mukanya tenang, malah saya lihat Haziq yg banyak melayan kerenah anak2.

Kini, 4 tahun sudah penceraian kami.. sehingga kini saya masih kesal dgn sikap saya.. saya lah punca Rina bersikap begitu dgn saya dulu.. saya baru menyedarinya selepas melihat sendiri layanan Rina kepada Haziq di majlis reunion kami, hari pertama perkahwinan lagi saya sudah mula menengking dia, saya bercakap kasar dgnnya, saya tidak romantik, saya tdk bercakap dgn lemah lembut dgnnya, rupanya dia sudah lama makan hati dgn sikap sambil lewa saya sebab itu sikapnya berubah begitu. Saya lihat ayah saya begitu.. saya lupa yg isteri saya kini berada di zaman moden, dia juga ada rupa dan kerjaya masakan dia mahu menunggu saya ni, ini bukan drama TV3.. selama ini saya menyerahkan 100% tugas pda dia, saya betul2 bodoh kerana melepaskan seorang isteri yg sgt baik dan mampu bertahan 5tahun dengan perangai ini.. kini, saya tiada apa2..  10 tahun saya bekerja namun saya tidak mampu membeli rumah sendiri, sedangkan pendapatan bulanan sy agak besar, ini semua kerana perasaan tamak saya 9 tahun yg lalu, kalau lah saya mendengar nasihat bekas isteri saya dulu pasti kini kami senang dan bahagia.

Rina, abg minta maaf dgn sikap abg sepanjang perkahwinan kita dulu, baru kini abg faham tentang luahan luahan isi hati Rina dulu, abg dah terlewat... semoga Rina bahagia dgn kelurga baru Rina.

Untuk semua pembaca, wanita itu lembut dan rapuh hatinya, kalau kita berkeras dgn dia.. dia akan semakin keras, jika kita berlembut dgnnya, itulah yg sebaik baiknya.. sekiranya isteri dari seorang yg suka membebel tiba2 menjadi diam, berhati hati lah... ketika itu hati dia dh tawar, tak rasa apa2 dah... bentuk lah isteri dari awal perkahwinan lagi, jgn sekali kali meninggikan suara pda isteri, dlm rumah tangga kalau apa2 yg berlaku suami lah yg patut bertanggungjawab, teraplah didikan agama dlm keluarga. Sebab dlm agama sendiri ada sebutkan bagaimana cara utk bersama keluarga. Jangan sesekali tinggalkan keluarga.”

 

Moga bermanfaat buat kita semua.

Mengembalikan keceriaan si isteri..

 

Bila si isteri mengandung , maka pelbagai persoalan yang timbul dalam kepala mereka… antaranya , er… Heheheh.. Sensitif nak tulis kat sini kan ? Hahahaha.. ok ok !

Ada banyak jalan penyelesaian. Antaranya , ikut disiplin berpantang dan amik minuman kesihatan tambahan seperti iChantique yang mana aku berikan pada wife selepas dia abis berpantang.

Senyum aku , kan ?

image

image

Apakah kelebihannya ? Khasiat Hebat Produk Jus iChantique (JiC)
SLIM GRIP dikatakan berkhasiat untuk :

● Menguruskan lengan, peha, betis dan runcingkan muka.
● Mengempiskan perut kembali ramping.
● mengetatkan faraj menjadi seperti kembali dara...
● Membantu menyelesaikan masalah kentut vigina
● Menganjalkan payudara dan pinggul
● Membantu masalah kedutan wajah
● Memberi tenaga
● Menghilangkan bau badan
● Membantu meriahkan susu ibu
● Membantu masalah keputihan/keputihan berbau
● Membantu masalah kitaran haid
● Membantu masalah hormon tidak stabil
● Membantu masalah sengugut
● Membantu masalah cyst dan fibroid
● Membantu masalah tumit kaki merekah
● Menghaluskan kulit wajah dan badan
● Menaikkkan seri wajah
● Membantu masalah peranakan bengkak atau kembang
● Membantu mencerahkan kulit
● Membantu masalah pelawasan/Sembelit
● Membantu mencantikkan kuku dan rambut..
● Membantu memudarkan parut lama
● Membantu mengawal nafsu makan
● Melawaskan pembuangan air kecil
● Melawaskan pembuangan angin
● Membantu masalah kahak/batuk/resdung

Sesuai untuk ibu dalam pantang normal atau ceaser. Er , testimoni aku ? Hahahaha.. Korang try laa.. tau la camana.. heeeee..

Untuk pertanyaan lanjut , whatsapp Kak Mala (019 3880 524).

Try laa.. mesti suami senyum punya ! Hahahaha.. Auw…

Perlukah aku teruskan bayar insuran ?

 

image

Setiap saat aku memikirkan. Pengalaman aku mengatakan betapa perlindungan insuran ni penting terutamanya melibatkan kesihatan. Melihat pada apa yang berlaku pada arwah ayah serta wife yang pernah menjalani pembedahan , aku merasakan ianya amat penting.

Cuma , hurmm.. dengan keadaan ekonomi yang semakin mengarukan kepala ni.. sememangnya amat terasa bagi aku. Agen insuran kata memang penting ! Kena teruskan tapi hakikatnya kita yang nak mengeluarkan duit utk membayar tu.. fuhh ! Bukannya kedekut tapi dah terasa .. yang masuk ciput tapi jumlah pengeluaran tu tinggi ! Ditambah lagi seorang lagi yang bakal dilindungkan , maka penambahan kewangan di situ akan berlaku !

Ke aku je tak perlu amik. Biarlah anak anak dan isteri je dilindungi. Aku , apa apa hantar je la ke hospital kerajaan.. Huhuhuh.. Ok pe hospital kerajaan ? Nurse cun cun walaupun garang. Hehehehe.. Moga dijauhkan laaaa.. Huhuh..

Pening weh ! Nak bayar insuran ni sama dengan jumlah gaji aku ketika aku bekerja dengan kerajaan dulu wooo ! Cakap senang tapi yang nak bayar ni.. adehh  ! Gaji besar , boleh la citer.. kan kan ? Ni semua salah Donalid Trump walaupun bukan salah dia sebenarnya ! Huhh !

Rapat dengan daddy..

 

Anak perempuan satu satunya , buat masa skang. Ke sana sini ikut aku tapi tak la macam abang dia ketika baby dulu. Dia melekat dalam rumah jer. Tapi bila keluar tu , dia leh berdikari.

Kesian gak kekadang aku tengok dia. Rasa rasa tahun depan nak masukkan dia ke taska. Aku tengok dia lebih cepat tangkap bila ajar dia berbanding abang dia.

Tahun depan baru 4 tahun. Hurmm..

image

Mudah mesra dia sebenarnya walaupun kelihatan garang tapi tak mudah orang nak masuk dengan dia. Dia cepat bosan. Mengingatkan aku dengan perangai aku. Heeee..

Tengok la camana.. Kalau ada lebih rezeki tahun ni , boleh la kot. Aku plan nak bawak diorang melancong buat pertama kalinya ke luar negara tahun ni. Kena kerja kerasa la skit aku.

Selasa, 21 Februari 2017

Terlebih besar ? Perlu kembali kurus atau lebih besar ?

 

Sebenarnya aku fokus nak buat ala ala model mat salleh punya badan jer.. Bukan ala ala ahli bina badan yang sado sado gitu. Tapi bila tengok gambar kelmarin di Hari AntiDadah Kebangsaan, terasa gerun lak.. Besar la pulak !

image

image

Ke sebab aku dah ada rambut , maka kelihatan seperti besar ? Tapi apa kena mengena lak eh ? Hahahahaha.. Target nak jadi model jam tahun ni… hahaha..

Buang angin dalam badan secara semulajadi !

 

Tak sangka rakyat Malaysia yang menghidap kesengsaraan angin dalam badan ni boleh tahan ramai juga ya. Dari remaja sampailah golongan dewasa termasuk warga emas. Pakar perubatan tradisional yang aku jumpa bagitahu, sakit angin dalam badan atau medu tu bahasa kita, dalam bahasa standard yang masyhurnya disebut dengan nama gastrik. Ermm.. rasanya agak betul juga kata-kata beliau sebab kebanyakan simptom antara dua nama gejala tersebut adalah lebih kurang sama. Bezanya mungkin kronik atau tidak kronik. Setakat yang duk cari penawar buang angin dalam badan semulajadi dengan aku ni pun sering mengadu tanda-tanda yang hampir sama. Paling teruk rasa macam nak mati

TANDA-TANDA ANGIN DALAM BADAN

Baru semalam duk sembang dengan orang yang nak set buang angin dalam badan. Muda lagi, masih bersekolah, kuat bersukan tapi selalu terkena angin dalam badan. Masa bersukan pun selalu semput. Time kena angin pakej datang sekali sakit dada, sesak nafas dan rasa macam nak mati, katanya. Kita doakan semoga beliau cepat pulih asbab ikhtiar dengan set buang angin dalam badan ni. InsyaAllah. Kalau ada ubat doktor, jangan tinggal ye. Teruskan

Tanda-tanda lain mengidap angin dalam badan antaranya senak perut, dada dan ulu hati. Selalu keletihan, rasa kebas-kebas, lenguh dan lesu walaupun dah cukup rehat. Selain tu selalu berdebar-debar dan terketar-ketar, agak kronik kalau dah menggelupur sampai berguling-guling. Baca lagi 22 tanda angin dalam badan yang mungkin korang pernah alami

BUANG ANGIN DALAM BADAN SECARA SEMULAJADI

Banyak perkongsian tips, petua dan amalan tradisi yang dikongsikan ramai orang untuk masalah angin dalam badan ni. Kebanyakannya dari sumber alami anugerah Tuhan yang maha luas dan banyak ini

1- Berdoa, kuatkan semangat, mintak sungguh-sungguh dengan Allah supaya disembuhkan penyakit

2- Berurut. Berbekam pun boleh. Jumpa tukang urut professional. Urut ni sakit dan perlu melakukannya secara berkala, kena pergi 3 - 4 kali jugak. Kena tahan sakit. Ikut petua tukang urut professional jika mereka menasihati sesuatu. Petua atau amalan tradisi juga penting untuk kesihatan

3. Tinggalkan ais. lupakan terus dalam hidup... cuba ok, cuba... dan jaga makan

4. Mandi bermula dari bawah ke atas (dari kaki barulah naik sampai ke kepala)

5- Minum air halia, air teh campur halia pun boleh. Rebus halia pun ok. Apa-apa yang berasaskan halia.. sup halia pun ok, minum banyak-banyak dan konsisten

Cinch Tea Mix dengan Peppermint Ginger Plus

6. Bawang putih. Telan begitu sahaja.. baru kawww... !! Rebus pun boleh atau buat macam Datuk Siti Nurhaliza makan bawang putih macam tu

7. Makan ikut waktu, elakkan makanan ringan, minuman bergas dan alkohol

8. Mandi air limau nipis atau limau purut macam ni


9. Ambil SET BUANG ANGIN DALAM BADAN ORGANIK IAITU VIVIX, ESP, ALFALFA, GARLIC COMPLEX DAN PEPPERMINT GINGER

Jom baca 16 Testimoni Terbaik Set Buang Angin Dalam Badan Semulajadi

Alhamdulillah setakat respon orang ramai yang telah mengambil set ini sangat positif dan ada perkembangan yang baik. Ikhtiar tu hak makhluk, Allah jualah Yang Maha Memberi Kesembuhan

Info Lanjut :-

013 976 1627

Muhammad Nizam Yusof

Isnin, 20 Februari 2017

Gardenia Delicia Hazelnut lebih sedap dari Nutella !

 

Selamat Tinggal Nutella ! Akhirnya tak perlu lagi dah beli roti coklat Gardenia. Beli jer  roti buku Gardenia dan Gardenia Delicia Hazelnut . Makanlah sepuas-puasnya !

Qhaliff dan Zahra mengilainya. Hehehehe.. Aku tak leh. Nanti gemuk woiiii !

image

Inilah dia coklat yang menjadi kegilaan ramai ! Tapi dia low profile jer. Mungkin takut kehabisan stok di pasaran ???

Dan lihatlah coklatnya ! Fuhhh… memang terbaiklah !

image

image

Lihatlah kesannya..

image

Harga , jauh lebih murah dari Nutella. Dan boleh didapati di kedai kedai yang ada jual roti Gardenia.. Dan ada dua perasa. Satu lagi Milky Chocolate. Tak rasa lagi yang tu.. Heeee…

Terasa lega dapat berbakti sebagai BLOGGER !

 

Tak sangka.. dengan jawatan kecil tak berpangkat dan berSocso mahupun ada EPF ni , aku dan rakan rakan dapat memberikan sumbangan pada masyarakat dan negara.

Bermula dengan Aman Palestin , kemudian dengan Lembaga Zakat Selangor disusuli dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan ! Walaupun peranan amatlah kecil namun aku dan rakan rakan membuktikan kami bukanlah sekadar blogger bercerita kosong di depan komputer ! Kami bukanlah keyboard warrior ! Bukan juga tin kosong !

image

image

image

Yang aku tak sangka, jodoh aku dengan AADK. Aku pernah menerima tawaran sebagai Penolong Pegawai AADK satu tika dulu tapi terpaksa menolak atas faktor faktor tertentu. Walaupun tidak dapat berkhidmat bersama mereka , namun aku ada ‘bau bau bacang’ dengan mereka juga akhirnya.. hehehee.. Alhamdulillah. Sapa sangka kan ?

InshaAllah.. selepas ni , ada satu lagi jabatan kerajaan berminat nak bekerjasama dengan kami , #KBBA9.

Kerana kotorkan kereta , anak kena marah !

 

Kereta baru. Berpeluh juga sebenarnya. Walaupun bukan hak milik aku , tapi aku bertanggungjawab sepenuh ke atasnya. Aku tak nak nasibnya seperti kereta satu lagi.. hurm…

Dua kereta. Terpaksa ! Giler apa nak berhutang di zaman ekonomi berat sebelah ni ! Dan kereta baru ni , terpaksa jaga kebersihannya sebab pelan jangka panjangnya , nak jual semula ! Maka , kena jaga laa..

Dilarang makan dan minum di dalam kereta ! Qhaliff dan Zahra sedia maklum. Memang diorang tak berani nak makan kecuali aku izinkan ! Huhuhu.. kesian gak tapi apa nak buat.. kereta ni bukan aku punya ! Tapi pemilik kereta pon tak dibenarkan makan ! Hahahaha..

Ketika ke Kuantan ari tu.. perjalanan jauh. Nak tak nak , kena makan dalam kereta. Kereta satu lagi tu , kena masuk service centre. Ada kena repair skit dan makan beribu ringgit punya kos ! Huhu.. apa nak buat. Keselamatan keluarga adalah lebih penting.

Abis kereta kotor. Aku mula pening dah ! Kalau kotor , kereta berbau. Bila berbau , lipas dan semut mula mai laaa ! Abis la kereta baru ! Adehh..

Maka amuklah aku ! Bukan sebab sayangkan kereta tapi aku kena jaga harta orang ni ! Harta bini wooo.. Walaupun bini sendiri yang kotorkan.. dia sendiri kena marah ! Kalau aku yang kasi kotor.. Er , Qhaliff marah aku !

Yer… memang tak patut la kan ? Kereta je kot ???? Hurmm.. antar kedai kasi cuci dah la kan ?

image

Entah la.. aku bukan jenis sayang harta tapi kesian kan wife.. Apa apa jadi pada aku , dia kena tanggung semua. Maka aku kena pastikan segalanya dalam keadaan baik. Andai aku tiada nanti , segalanya mudah untuk dia. Kot la nak jual kereta tu.. harga pon cantik sebab kereta dalam keadaan cun.. kan ?

Ahad, 19 Februari 2017

Melepaskan rindu !

 

Kali terakhir jumpa , sebelum Tahun Baru Cina ari tu. Selepas tu , memang sibuk memasing . Akhirnya , semalam.. disetkan lokasi dan berjumpalah !

Ya Allah , teruja sungguh Qhaliff bila nampak abang Ammar dia ! Macam nampak awek yang bertahun tak jumpa. Dia punya rindu , lain macam.. Ikhlas sungguh la diorang berkawan.

Sebelum tu aku bagi pilihan pada Qhaliff..

“ Qhaliff nak jumpa abang Ammar atau nak gi Alamanda ? “ . Tanya aku.

“ Er , Abang Ammar pastu kita gi Alamanda , boleh Daddy ? . Jawab Qhaliff.

Amboi.. dua dua sekali dia nak tapau.. Nak gi Alamanda , nak beli toys ! Maka gi je la Alamanda.. tapi no toys ! Rabak daddy kalau masuk Toys R Us ! Dah ada toys yang diidamkan dalam kepala dia tuu !

Tapi bila berjumpa Ammar.. lupa semuanya.

image

Begitu juga Zahra. Daddy pon dia tak kisah dah.. Huhu…

image

Cuma tinggal si kecik ni je lagi.. Kalau dah reti berjalan.. memang daddy terpaksa ‘buat lagi sorang’ la jawabnya..

Bila ada staff baru di tempat kerja !

 

image

Kacak gitu weh !

Yer , staff baru samada kacak atau cantik pasti jadi tarikan mereka yang ramai orangnya. Hehehe.. Tertanya tanya sapakah gerangannya.. Yang bujang mula menyusun strategi.. camana nak dekatinya , dengan harapan.. masih single ! Auwwww..

Kalau single , ok la.. sama sama single. Tapi kalau dah berpunya ? Laki orang ? Bini orang ? Camana tu ? Syaitan datang membisik dah ! Apa salahnya berkawan je , kan ? Huhuhuh..

Inilah antara masalah yang tanpa disedari berlaku saban hari pada pasangan yang dah berkahwin ! Bukan semua tapi bilangannya besar. Bila pergi kerja , berdandan macam laki dia ada kat opis tu gak.. duduk sebelah meja atau beria mengkacakkan diri ditambah dengan wangi wangian seperti isterinya turut bekerja sepejabat dengannya.. hakikatnya tidak ! Malah pergi kerja pun lain lain ! Acaner tu ??

Bila ini berlaku maka.. hurmm…kita mencipta jurang dalam perhubungan. Dan jurang ini sangatlah merbahaya. Jika ada orang ketiga , ianya mampu meretakkan rumahtangga yang dibina tu ! Nak ke ?

Perbaikilah. rapatkan jurang tu. Nak cantik tu boleh , tapi berpada pada. Cantik ke pejabat , utk siapa? Kepuasan diri kononnya ? Atau keyakinan diri ? Apakah tidak cukup yakinkah diri selama ini ? Perlu dicantikkan bersungguh sungguh sehingga ada lelaki memuji baru mendatangkan keyakinan ? Hurmm.. kena check balik ni !

Elakkan masalah. Jauhinya ! Kalau si suami suka tengok perempuan cantik , maka suruhlah si isteri cantikkan diri. Kasi la modal pada dia. Jangan pandai cakap. Si isteri pulak , jangan tunggu menjanda baru nak melawa ! Buatlah dari sekarang. Lawakan la diri tu untuk suami. Sorok kecantikkan tu dari mata lelaki lain. Mahal tu.. Suami dah membayar sejumlah wang dan keringat untuk mendapatkan anda. Belanja facial atau hantar ke spa sesekali ! Apa salahya kan ?

Dan elakkan dari mesej kosong pada rakan sepejabat ! Tak kira apa pun alasannya.. elakkan ! Terutama yang single , jauhi yang dah dimiliki orang.. Ramai lagi yang single… carilah dan ngorat ler. Pastu ajak nikah ! Heeee..

image

Rakan pejabat yang sado pastinya mengoda.. Auww ! Nasib baik aku suri rumah.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI