Bengang abis dengan Zahra !

 

image

Buah hati aku. Walaupun setiap malam aku confirm akan bergaduh dengan dia , dia ni laa yang akan aku rindu bila aku gi mana mana .. Bak kata orang yang mengenali aku dan Zahra , bila tengok Zahra jer.. diorang akan kata dia ni klon aku versi perempuan ! Muka tarak senyum punya tapi bila senyum , confirm cair ! Huhu..

Nak dijadikan cerita.. semalam.. dari jam 1 pagi – 5 pagi , aku gagal untuk tidur lena ! Zahra mintak susu untuk kali ke 4 ! Aku tak nak bagi. Aku suruh dia tidur. Dia tak nak. Aku tidur jer ! Biarkan dia. Dan dia , setiap minit akan kacau aku dan mintak susu ! Geram betul laaa!

Sehingga jam 5 pagi.. akhirnya aku mengalah. Aku buat jugak kat dia selepas dia kena marah ngan aku. Dia ketuk muka aku ngan botol susu ! Sapa tak marah woiiii ! Ko tengah tidur dok mimpi bercandaran di pasiran pantai ngan awek  hijabista ! Haaaa…

Bagi susu.. dia tidur ! Bila dia tidur , aku kesian tengok dia. Tidur dengan air mata bercucuran.. Haih.. Kejam tul aku ! Tapi kalau kasi , lagi kejam ! Zahra ni , kalau dia nak .. dia mintak sampai dapat ! Entah perangai sapa laaa dia ikut… ( aku la tu ).

2 ulasan:

  1. Hebat Zahra. Usaha sampai dapat apa yang dia nak hoho

    BalasPadam
  2. hahah iut perangai aben la tu . kalau nak sesuatu kena buat smpai dpt.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009