Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 19 Februari 2017

Bila ada staff baru di tempat kerja !

 

image

Kacak gitu weh !

Yer , staff baru samada kacak atau cantik pasti jadi tarikan mereka yang ramai orangnya. Hehehe.. Tertanya tanya sapakah gerangannya.. Yang bujang mula menyusun strategi.. camana nak dekatinya , dengan harapan.. masih single ! Auwwww..

Kalau single , ok la.. sama sama single. Tapi kalau dah berpunya ? Laki orang ? Bini orang ? Camana tu ? Syaitan datang membisik dah ! Apa salahnya berkawan je , kan ? Huhuhuh..

Inilah antara masalah yang tanpa disedari berlaku saban hari pada pasangan yang dah berkahwin ! Bukan semua tapi bilangannya besar. Bila pergi kerja , berdandan macam laki dia ada kat opis tu gak.. duduk sebelah meja atau beria mengkacakkan diri ditambah dengan wangi wangian seperti isterinya turut bekerja sepejabat dengannya.. hakikatnya tidak ! Malah pergi kerja pun lain lain ! Acaner tu ??

Bila ini berlaku maka.. hurmm…kita mencipta jurang dalam perhubungan. Dan jurang ini sangatlah merbahaya. Jika ada orang ketiga , ianya mampu meretakkan rumahtangga yang dibina tu ! Nak ke ?

Perbaikilah. rapatkan jurang tu. Nak cantik tu boleh , tapi berpada pada. Cantik ke pejabat , utk siapa? Kepuasan diri kononnya ? Atau keyakinan diri ? Apakah tidak cukup yakinkah diri selama ini ? Perlu dicantikkan bersungguh sungguh sehingga ada lelaki memuji baru mendatangkan keyakinan ? Hurmm.. kena check balik ni !

Elakkan masalah. Jauhinya ! Kalau si suami suka tengok perempuan cantik , maka suruhlah si isteri cantikkan diri. Kasi la modal pada dia. Jangan pandai cakap. Si isteri pulak , jangan tunggu menjanda baru nak melawa ! Buatlah dari sekarang. Lawakan la diri tu untuk suami. Sorok kecantikkan tu dari mata lelaki lain. Mahal tu.. Suami dah membayar sejumlah wang dan keringat untuk mendapatkan anda. Belanja facial atau hantar ke spa sesekali ! Apa salahya kan ?

Dan elakkan dari mesej kosong pada rakan sepejabat ! Tak kira apa pun alasannya.. elakkan ! Terutama yang single , jauhi yang dah dimiliki orang.. Ramai lagi yang single… carilah dan ngorat ler. Pastu ajak nikah ! Heeee..

image

Rakan pejabat yang sado pastinya mengoda.. Auww ! Nasib baik aku suri rumah.

1 komen :

mas saari berkata... [Reply to comment]

Nasiblah ai jenis tak kisah ada orang baru ke tak, hehehee! Ai jenis suka lone ranger kalau kat pejabat. Melawa ke pejabat pulak just untuk keyakinan diri sebab ai frontliner, orang akan jumpa ai dulu baru bos. Tapi melawa tu takdelah over kan kenalah berpada².

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI