Hari Keluarga #KBBA9 2017 di De Rhu Beach Resort Kuantan , Pahang.

 

Alhamdulillah.. selesai sudah event tahunan ! Setiap tahun , ada rezeki pasti buat.. Tahun ni berbeza dengan tahun tahun yang lain.. Bukan apa.. setiap kali bila buat family day , pasti akan ada masalah selepas itu ! Huhhh.. memang spoil terus mood. Tapi kali ni , segalanya berjalan dengan lancar , dari mula hingga ke akhirnya ! Dan secara jujurnya , aku akan cadangkan lokasi ini menjadi pusat Hari Keluarga #KBBA9 untuk tahun berikutnya ! Haaa..

image

Ini kali ke dua aku ke De Rhu Beach Resort Kuantan. Terus terang , aku amat senang hati berada di sini. Yang pertama , parking senang dan terasa selamat. Yang keduanya , layanan kakitangan yang mesra dan mudah berurusan.

Maka sebab itulah , aku ajak rakan rakan blogger #KBBA9 untuk berkumpul pada awal tahun di sini bersama sama keluarga dan menghabiskan masa melepaskan tekanan sebelum minggu kerja kembali dengan bahagianya ! Hahahaha..

Aku tak nak cerita  pasal Hari Keluarga #KBBA9 sebab ramai dah blogger kami bercerita mengenainya , buat masa ini. Aku nak bercerita kenapa dan mengapa De Rhu Beach Resort Kuantan patut jadi pilihan korang membawa keluarga atau ajak boss buat meeting atau pun buat kenduri kawin kat sini ! Hahahaha..

Pertamanya , keluasan De Rhu Beach Resort Kuantan ini pastinya tidak membosankan korang. Memang luas ! Nak berjalan jalan di kawasan sekitar pon best. Pantainya yang bersih serta angin yang kencang sesekali membuatkan rasa nak baring dan nikmati kesegaran udaranya.

Dan kemudahan yang terdapat di dalam resort ni memang mengagumkan aku. Walaupun resort ni dah lama tapi mereka dah banyak buat penambahbaikan. Dewan saja ada 10 dan mampu menampung pelbagai jenis majlis dalam satu satu masa. Antaranya seperti gathering keluarga , majlis perkahwinan , mesyuarat atau makan  gala bersama kakitangan syarikat umpamanya. Yelah , siang leh bersukaneka di padang yang luas atau bermain air di kolam renang. Pastinya malam adalah untuk beramah mesra dengan sahabat handai atau ahli keluarga !

image

image

Main ATV dan layang layang di tepi pantai

image

Atau berendam di dalam kolam renang yang menarik !

image

Antara dewan-dewan yang senantiasa dipenuhi dengan aktiviti

image

Ruang santai

image

Dewan

image

Dewan khas untuk buat kursus

image

image

Bilik Karaoke

image

Gymnasium

image

Kemudahan surau yang besar ala ala dengan rekabentuk seperti di RnR

image

Dewan untuk buat kenduri kawin

image

image

Sukaneka Tradisional

image

Bilik ‘honeymoon’ yang harganya murah wooo !

Amacam ? Menarik , kan ? Samada atas urusan kerja atau percutian , De Rhu Beach Resorts Kuantan ni adalah antara destinasi pilihan yang wajib berada dalam senarai korang ! Bodek la boss.. apa lagi kan ? Heee..

Untuk keterangan lanjut , sila tanya sendiri  di De Rhu Beach Resort, Kuantan yer.. heee.. atau www.derhu.com.my !

17 ulasan:

  1. Alhamdulillah, kerjasama semua pihak menjayakan program itu yang buatkan hati tenang..tq abg Ben

    BalasPadam
  2. Wahh best kan menginap kat sini..semua kemudahan terbaik dan serba lengkap..Bilik pon luas .. sangat2 sesuai utk seisi keluarga

    BalasPadam
  3. meriahnya... Allhamdulillah, semoga terus menjalin persahabatan selalu...

    BalasPadam
  4. Tak sia² join, memang best tempatnya! Nanti nak datang bercuti dengan family pulak.

    BalasPadam
  5. Tahun depan kat De Rhu lagi ye? Yayyy yahoooo!

    BalasPadam
  6. Memang best..lagi satu service penghantaran pesanan barang ke bilik pun cepat.

    BalasPadam
  7. meriahnya. best! teringin sngt nak jmpa blogger. tp belum berkesempatan :)

    BalasPadam
  8. Tengok gambar pun dah rasa menarik ni belum pergi lagi. kalau pergi mesti lagi best ni.

    One of the most beautiful hills in Malaysia One of the most beautiful hills in Malaysia https://anothersyed.blogspot.my/2017/02/nikmati-pemandangan-indah-di-bukit.html

    BalasPadam
  9. First time join Family Days KBBA9 memang seronok sekali... rugi rasa kalau tak pergi!

    BalasPadam
  10. Bestnya..rugi tak join,lain kali boleh datang bercuti dengan family Kak Sue

    BalasPadam
  11. Menarik! Pernah menginap disini banyak kali...mmg puas hati...layanan pun best.

    BalasPadam
  12. Next time ai nak join, plissssssssssssssss

    BalasPadam
  13. Bestnya aktiviti korang..rugi rasanya tak dapat join korang

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009