Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 13 Februari 2017

Jangan memandu dalam keadaan tertekan atau..

 

Atau jadi macam aku ! Arghhh.. Ini pertama kali berlaku dalam hidup aku dan tak sangka sama sekali ianya terjadi ! Adehhh.. Serius , aku rasa macam berlaku dalam filem Terminator lak.. huhu..

Kisahnya gini.. Kelmarin , aku sekeluarga nak ke Kuantan. Ada event di sana. Kelewatan keluar dari rumah serta berjanji dengan rakan blogger untuk amik baju di satu tempat yang dijanjikan , membuatkan aku jadi kalut. Ditambah lagi dengan wife dan anak anak belum makan , aku jadi rasa bersalah snagat ! Mengejar masa adalah punca segalanya.

Dalam kepala aku , macam macam ada ! Aku fikir pasal job-job yang baru diterima dan datelinenya cuma sehari dua jer. Bukan mengeluh. Tu rezeki Allah kasi yang aku lama dah tunggu.. Huhuh.. 2 bulan ni memang teruk tul la ekonomi. Pastu dengan kerja kerja group blogger yang perlu diuruskan. Walaupun aku tak buat tapi aku bertanggungjawab memberikan keputusan.  Maka serabut aku ! Bukan salah mereka. Salah aku sendiri yang takde susun atur dalam kerja.

Sampai di tol Gombak. Aku letak Smart Tag depan cermin. Biasanya aku pegang tapi bila bawak kereta baru ni , aku letak atas dashboard jer..  Dalam kepala aku , aku terdengar dah bunyi Smart Tag tu. Kereta depan berlalu dan aku ikut serta.

image

Tibba-tiba palang tol tu turun daaa ! Betul betul depan cermin kereta dan aku terlajak langgar ! Siren berbunyi ! Ahhh sudah ! Mesti team SWAT datang menangkap aku ni ! Adehhhh…

Aku berhentikan kereta 10 meter di hadapan tol tu ! Aku keluar dari kereta. Aku nampak petugas tol betulkan palang tu. Tapi takda sapa sapa datang kat aku. Aku tergaru garu kepala ! Camana ni ?? Apakah yang akan terjadi pada aku ???

Aku tenangkan diri.. Memandu terus ke tempat yang boleh aku berhenti dan mengambil tindakan susulan. Aku google no telefon pusat to tersebut.

Jumpa dan call.. Aku buat laporan dan segalanya selesai ! Alhamdulillah. Aku tak dapat bayangkan apalah nasib kereta tu kalau palang tu , besi ..bukan plastik !!

Aku teruskan pemanduan dan lupakan semua masalah aku seketika ! Nyawa dalam kereta adalah keutamaan.

4 komen :

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

itulah, bila kita terlalu banyak memikirkan perkara lain, pasti akan jadi perkara yang tidak diingini. apa pun, alhamdulilah, abg ben dan keluarga takda pape. syukur

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

kete tak kemek ke?

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Ishh nasib baik tak jd apa apa yg lebih teruk, Alhamdulillah

EjamOthman berkata... [Reply to comment]

palang tu plastik yang ringan, ibarat batang paip pvc yang dipasang untuk sekat trafik dari ceroboh keluar dan masuk lebuhraya.

tujuan dibuat dari plastik mudah untuk keadaan kecemasan seperti bomba atau ambulan yang perlu lalu pondok tol, mereka boleh langgar sahaja tiang itu kalau petugas tol tak sempat tolak tiang tu untuk beri laluan.

pengalaman dari bekerja di plaza tol. :)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI