Makan telur rebus tapi kentut tak busuk. Camana tu ?

 

Aku dah mula nak kempiskan perut ! Hehehe.. Orang sado kata nak kasi kuar otot perut gitu. Aku baru nak keluarkan ni.. hehehe.. Apa yang aku buat ialah , aku tolak nasi , serta makanan berminyak. Aku amik telur rebus pada waktu pagi , tengahari dan malam..

Hari ni hari ke-4 aku buat gitu. Nak kata diet , ni bukan la diet seimbang.. hehehe.. Namun aku ada amik buahan serta sayuran melalui jus yang aku buat sendiri.

image

Tapi masalahnya ialah telur ni. Kalau makan banyak ,bila kentut , boleh koma orang sebelah kita .. kan ? Heee.. Camana nak elakkan isu ni ?

Ok.. aku amalkan air detox lemon + epal sejak dulu lagi.. Alhamdulillah , dengan amalan gini .. mulut serta nafas tak berbau setiap pagi !

image

Bila letak cayenne tu , fuhh.. pagi pagi dah membuang.. Clear perut ! Tapi menariknya. tak da la kebulur pastu berbanding bila ada amik ubat kurus.. pagi pagi membuang.. pastu kelaparan ! Haaa..

Caranya..potong potong jer.. pastu buh dalam bekas air yg besar. Kalau nak best , amik satu potongan lemon tu letak dalam cawan yang berisi air suam panas. Pastu biarkan beberapa minit.. minum. Amalkan.. Yang penting buang pagi pagi.. Busuk tu berpunca dari simpanan di usus tu terlalu lama.. Sayang sangat nak buang eh ?

Alhamdulillah.. 4 hari aku buat gini.. perut ringan jer. Kalau terasa lapar atau kepenatan.. aku makan roti atau amik satu sudu aiskim. hehehe.. Kasi gula skit kat badan. Kekadang penat tu sebab gula kurang.. Satu jeee tau !

image

Ini cara aku la. Tak mintak lagi kelulusan dari KKM. Kecuali air lemon tu , aku belajar di Phuket ari tu.. haaa.. Memang best ! Sila amalkan.

1 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009