Muzium Warisan Melayu UPM penuh sejarah tersendiri !

 

Tercari tempat nak buat photoshoot dengan berpakaian tradisional tanpa kira bangsa ? Aku ada tempat menarik sangat untuk bergambar beramai ramai terutamanya !

Muzium Warisan Melayu UPM , Serdang !

Tadi aku gi sana.. ada meeting ngan pegawai Lembaga Zakat Selangor. Saja jumpat kat sana di samping nak perkenalkan tempat ni pada aku serta rakan blogger. Projek amal jariah untuk tahun ke 3.. rasanya.. kot ? Ke 2 ? Ah.. tak ingat..

image

Pada awalnya nampak biasa jer terutama muzium warisannya tapi bila nampak koleksi keris keris di dalamnya , terus teruja aku ! Nak amik gambar tak dibenarkan ! Patut gi sini untuk tengok pelbagai koleksi koleksi peninggalan warisan yang sukar nak dijumpai sekarang.

Dan paling menarik ialah rumah warisan asli ! Dibawa dari tempat asal ke UPM dengan kos yang tinggi. Maka sila manfaatkannya ! Rugi tak datang sini woo..

image

image

image

image

Banyak senibina tersirat yang aku tak ingat dah.. dulu kecik kecik ingat la.. dah tua gini , dok ingat besi jer ! Huhhhh..

Contoh.. cam gambar bawah ni.. Aku tak perasan part kayu jarang jarang tu sehinggalah En.Zubir , bagitau.. Ni tempat untuk mandikan jenazah tuan rumah atau ahli keluargannya. Ni dalam rumah Negeri Sembilan tak silap aku. Memang cantik la rumah ni..

image

Yang bawah ni la.. hahaha.. namanya Bendul. Bukan BEN DUL yer ! Atau ada yang panggil tiang lurus.

image

Serius.. memang bagus diorang buat gini. Banyak dah kita dalam diam , kita kehilangan warisan keturunan yang berharga ! Dengan adanya muzium begini , moga anak cucu kita masih ingat asal usulnya.

Dan.. menariknya sapa sapa nak buat kenduri kawin pon boleh buat kat sini.. katanya la ! Hahahaha.. Nak tidur pon boleh. Kalau berani la.. hahaha.. Kena tau , rumah ni semua adalah rumah betul.

Nak tau lebih lanjut , sila ke :

Instagram : https://www.instagram.com/muziumupm/

14 ulasan:

  1. Menarik utk dilawati, x jauh. Bagus untuk gemerasi bandar yg tidak kenal kg.

    BalasPadam
  2. Wah..menarik tu utk dijadikan tempat utk bwk anak2 belajar sejarah ni...

    BalasPadam
  3. betul tu..sekarang nampak besi jek. rumah warisan mcm ni dah jarang or mybe budk skrg tk pernh tgk pun

    BalasPadam
  4. Tak pernah tau dalam UPM ada
    Muzium... Huhuhuuu

    BalasPadam
  5. Warisan lama cantik , ingat masjid kayu td

    BalasPadam
  6. menarik..sangat sesuai bawa anak-anak ni..yg memang tak tahu tentang sejarah rumah-rumah lama...eh, ibu ayahnya sekali pun dah lupa.

    BalasPadam
  7. wah.. nak pergi.. ada tiket tak untuk yang datang sesaja ben?

    BalasPadam
  8. Laaa dekat je ngan umah i tapi tak pernah tau pun ada muzium ni. Menarik ni

    BalasPadam
  9. Wah, tak sangka upm pun ada muzium sendiri.. memang warisan bersejarah tu👍👍👍

    BalasPadam
  10. menarik! harus bawak anak² untuk mereka tau warisan budaya kita.

    BalasPadam
  11. serius cun dan sgt berminat,rindu site analisis zaman study architecture...nak pi ajak tau heeheeee

    BalasPadam
  12. saya ni student UPM. hari-hari lalu depan umah tradisional ni tapi tak pernah pun sini.. huhuhu (sooo rugi)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI