Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 7 Februari 2017

Zahra Nur Iman , mencabar kesabaran aku !

 

Usia 3 tahun. Aku tahu , dia ni bukan jenis tak paham bahasa tetapi jenis nak dimanja lebih ! Dia seolah olah cuba mendapatkan perhatian aku..

Tiap malam.. atau setiap hari la senang cakap… ada je dia buat hal ! Bayangkan eh.. Dia nak makan aiskrim.. Depan aku , dia makan elok. Aku pergi je ke dapur.. dan datang semula.. aiskrim dah di atas lantai dan dia dok sedap main ais krim tu ! Ya , Allah.. sabar je la..

Bersihkan dia.. lap lantai.. Kasi dia telur rebus. Dia suka. Dia makan sambil tengok tv. Aku pun gi jaga Aariz lak.. Bila aku datang jengok dia .. Dia dok buat kuak lentang atas lantai… dan kuning telur tu menjadi ‘airnya’ ! Ya Allahh… dah baru je mandi.. tukar baju. Dia buat lagi !

Aku marah.. dia diam. Dia tau dan dia berjaya menarik perhatian aku. Aku babap skit kat bontot dia yang ada pampers tu. Meraung pura pura dia. Aku kenal dia meraung betul. Aku bersihkan dia lagi.. Lepas tu , dia merajuk. Dia main sendirian dengan anak patung Pony dia. Alahai , siannya. Bercakap ngan Pony gitu.. Huhuh. Terasa air mata nak mengalir. Menyesal marah dia.

Aku pujuk dia. Dia tak melayan awalnya tapi lama kelamaan dia datang. Cium pipi aku.

Malam tadi.. Dia tidur jam 8 malam. Kul 12 terjaga automatik ! Terus segar.. Mintak itu ini. Macam macam dia nak ! Aku kasi je la.. Mesti lapar kan ? Nasi dia tak nak..

Jam 3 pagi… dia mintak biskut kering.. Dan dia makan atas tilam ! Dia pecahkan biskut biskut tu menjadi kecil ! Atas tilam !! Korang rasa acaner ? Jam 3 pagi.

Huhuhuh..

image

Skang dah dekat kul 1 lebih.. tak bangun tidur lagi ! Adehhh..

6 komen :

Nurulhuda Abdul Latip berkata... [Reply to comment]

Anak saya bro macam ni la..Tapi anak no dua saya ok lagi yang no 3 dan si bongsu tu perghh memang menduga betul la..Gini la perangai dia, belum tantrumnya lagi, dari kecik sampailah dah nak masuk 4 tahun bulan 6 ni masih lagi buat perangai sabar je la..Sebab mmg dia nak attention plus sebab bongsu kan..so banyakkan sabar je la..

iffah hussin berkata... [Reply to comment]

Zahra budak manja... may be mmg nak tarik perhatian daddy lebih...
Zahra juga good girl he he he

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Zahra zahra...i feel u zahra...bila ada abang dan ada adik...takut tak dpt manja mcm dlu...sebenarnya untung zahra tau, sampai ke blog ayah zahra cerita pasal zahra...maksudnya zahra kesayangan ayah...

Zahra...zahra mirip sgt dgn wajah ayah...moga terus menjadi anak solehah ye

Buat ayah...moga lebih sabar dan tarik nafas dlm2...mmg air mata nak didik anak ni tgh mlm pun kita menangis bila tgk wajah dia dah tidur...rasa mcm bersalah je marah dia teruk2 kan...pernah rasa...itulah rasa hati ibu dan ayah...marah marah sayang

MAY berkata... [Reply to comment]

anak saya yg sulung pun mcm ni.adeh.ingt sy je yg selalu tak tersabar melayan kerenah anak sesorg kat rumah since abah dia mmg blk keje time kami dah tdo..hurm.sabor je la..

Min Aina Ila Aina berkata... [Reply to comment]

Wah..tabik kat abahnya..memang penyabar. Anak kedua saya ada ciri-ciri ni. Baru 2 tahun 3 bulan. Lain betuk perangan dgn abang sulung. Abang dia jenis menurut je..dengar je apa kita kata. Ada la nakal sikit masa umur 6-7 tahun. Sekarang dah 8 tahun dah boleh kawtim balik dah. Tapi yang no 2 ni, dah la kuat bergaduh dgn abang. Dengan umi ayah pun nak ajak gaduh jugak. huhu.

antalya berkata... [Reply to comment]

zahra jeles kat adik. dia nak daddy fokus 24jam kat dia sorang ajer. bertabahla daddy. kata org, anak nakal ni bijak orgnya

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI