ANKYLOSING SPONDYLITIS - Mari kita bantu mereka #MoveWithAS

Ketika aku dipelawa sertai kempen kesedaran Ankylosing Spondylitis ni , aku tak tau apa apa langsung mengenai penyakit ni dan anggap ianya sekadar sakit sendi. Kemudian aku membuat sedikit kajian di Youtube dan juga Google dan terkejut ! Aduh , takkan sampai gitu sekali kot ???

Aku pernah tengok ramai manusia begini tapi tak pernah terfikir , apakah penyakit yang mereka hadapi dan bagaimana mereka mendapatnya.. bagaimana mereka melaluinya ? Sakitkah ? Apakah ubat yang mereka ambil bagi meringankan sakit mereka ? Dan yang paling penting , bagaimana nak mengesan mereka yang ada penyakit ini .. bak kata orang dulu dulu , cegah sebelum parah !

Ankylosing Spondylitis.

Pernah terserempak tak dengan insan-insan sebegini ? Mesti pernah kan ? Ni bukan sekadar penyakit tulang belakang. Inilah Ankylosing Spondylitis. Ankylosing Spondylitis adalah penyakit immune inflamatory kronik yang mempengaruhi tulang belakang.

Secara ringkasnya Ankylosing Spondylitis Ankylosing spondylitis adalah suatu bentuk peradangan kronik dari tulang belakang (spine) dan sendi-sendi tulang sacroiliac (sacroiliac joints) bersatu.Tulang belakang yang 'menyatu' ini membuatkan pesakit tersebut sukar bergerak terutamanya ketika hendak membongkok walaupun hendak mengangkat kepalanya untuk memandang ke hadapan.

Penyakit ni sering bermula pada mereka yang muda usianya (dari usia remaja sehingga ke tua).Mereka yang ada penyakit ini akan mengalami kesukaran meneruskan aktiviti aktiviti harian mereka.

Selain tulang belakang , kesan keradangan ini juga menjejaskan fungsi bahagian tubuh lain seperti mata dan perut. Buat masa ini , tiada ubat yang mampu merawat Ankylosing Spondylitis ini.  Bahagian yang sering diserang ialah :

  • Tulang Belakang bahagian bawah
  • Tulang rawan antara tulang dada dan tulang rusuk
  • Sendi pinggu dan sendi bahu.

Untuk maklumat lanjut , boleh baca di  ANKYLOSING SPONDYLITIS.

Dan baru-baru ini , satu kumpulan krew telah ke rumah aku untuk membuat rakaman aku menyelami penyakit AS ini.. aku diminta pakai satu suit yang dipanggil Simulation Suit.  Tapi apa yang aku rasa , bukanlah 100% apa yang dirasai mereka. Aku punya mungkin lebih ringan...

Suit ni berat. Kalau tak silap aku , boleh cecah 20-30kg rasanya. Aku diminta membuat aktiviti aktiviti biasa bersamanya. Secara jujur aku cakap , aku dah biasa bersenam dan angkat berat.. maka suit ni tak begitu terasa bagi aku tetapi ianya terasa di bahagian sendi! Memang susahlah untuk aku menjalankan aktiviti seharian. Memang terasa pengerakan terhad dan penat. Jadi bayangkanlah rasanya untuk mereka yang kurang bersenam dan angkat berat.

Aku juga diberi pakai satu suit yang mana di bahagian belakangnya ada paku paku yang betul betul berada di sisi tulang belakang aku. Aku diminta bergerak , membongkok dan mengangkat anak. Apakah rasanya ? Sakitnya jangan dicakap laaa ! Aku tak mampu tunduk pon ! Terasa paku menyucuk nyucuk belakang badan aku . Satu-satunya fikiran di minda aku – susah pesakit pesakit AS melalui aktiviti harian mereka.

Kesimpulannya ? Kesimpulannya... sebaiknya mari kita mengesan lebih awal penyakit ini kerana kajian terkini memberitahu , sapa sapa saja boleh dapat penyakit ni !

#MOVEWITHAS

MOVE With AS  adalah larian kebajikan sejauh 3km berhalangan yang mana setiap halangan mampu membantu mengesan simptom simptom  penyakit AS pada pelari tersebut dan secara tidak langsung akan mendidik pelari tersebut mengenai penyakit AS seterusnya menyampaikannya pada rakan dan juga saudara mara terdekat.

Jom sertai kempen larian kesedaran MOVE With AS yang mana ianya dianjurkan oleh Arthritis Foundation Malaysia ( AFM ) dan Novartis Corporation ( M ) Sdn Bhd. Yuran penyertaan setiap peserta akan disumbangkan 100% ke tabung persatuan AFM yang mana akan digunakan untuk membantu pesakit pesakit AS ni.

Berminat nak sertai larian ? Sila daftar di http://bit.ly/movewithas . Untuk keterangan lebih lanjut tentang penyakit ini, sila ke This AS Life - Malaysia.

8 ulasan:

  1. Slalu buat aktiviti lasak, workout, kita tak sedar sendi-sendi kita ni ok ke tak. Mmg lebih baik kesan dari awal.

    BalasPadam
  2. Cucu boss umur 10thn pun lisa rasa dh bengkok tulang belakang dia. Bgus kalau boleh bg ni kt dia sbb dia budak lagi.. tulang masih leh bentuk. Tpi untuk budak boleh tak ?

    BalasPadam
  3. Makcik Haida pun alami mcm ni... nk suruh asben guna benda ni juga nnt...

    BalasPadam
  4. Aku baru tau ada gak sakit camni...
    Mengerikan jugaj.. susah oo nak buat kerja.. kalau camtu..

    BalasPadam
  5. Bahaya jugak sakit camni. Jadi kita lebih berhati² kalau nak buat aktiviti lasak atau senaman berat.

    BalasPadam
  6. nampak macam penyakit biasa kan,tapi yang menanggungnya sahaja yang tau macam mana.kita pun kena ada kesedaran tentang penyakit ni jugak..

    BalasPadam

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009

Dikuasakan oleh Blogger.