Aplikasi Mobile Maybank2U yang lebih mesra pengguna dan pantas !


Aku pengguna tegar web Maybank2u. Tak kira la samada buka untuk periksa baki terkini duit belanja bulanan atau untuk membuat pembayaran online mahupun reload prepaid Digi aku ! Tapi secara jujurnya , aku menyampah nak bukak melalui web ! Ada aplikasi mobile tapi aku takut nak guna ! Security aplikasi mobile ni aku payah nak percaya sangat.. huhu..

Tapi segalanya berubah bila aku hadiri majlis preview Aplikasi Mobile Maybank2U yang terkini dan yang penting , aku akan dengar sendiri mengenai aplikasi ni dari 'orang-orang' Maybank sendiri.. dan bertanya sendiri apa jua yang aku ingin tau terutamanya mengenai keselamatan aplikasi mobile ni.

Bertempat di Happ Cafe , Tropicana Avenue baru baru ni .. aku serta ramai lagi tetamu diberi peluang untuk mencuba aplikasi Mobile Maybank2U ni.


Downloading.....

Dan kagum dengan antara muka yang santai serta kemas yang mana bagi aku , pastinya pengguna setia Maybank2U akan tersenyum riang dan akan terus setia dengan Maybank2U. Tiada alasan untuk guna perbankan yang lain.. kan ? Heeee..

Bagi mereka yang menggunakan fingerprints scanner , nak login pantas ke aplikasi ni nanti pon boleh guna gak cara tu.. tak perlu nak taip taip dah ! Hehehehe.. Terkini kan ? Pantasss gitu ! Baru best.. 


Nak tranfer duit ke akaun ketiga ? Nak bayar bil  atau reload prepaid ? Mudah jer. Cuma perlu tau no akaun dan no telefon jer ! Settle urusan bulanan yang melecehkan. Kalau lupa berapa baki bil pon takpe.. akan ada penyata untuk korang check baki nanti. Menarik kan ?


Kaki diskaun ? Hehehehe.. Memang akan ada berita berita terkini untuk korang yang kaki jimat ni ! Heee.. Kena rajin bukak dan ikuti perkembangan di bahagian khas ni nanti ! 


Amacam ? Nak download dah ?  Terbaik keputusan anda. Pastinya korang akan berterima kasih dengan aku selepas ni sebab bagitau maklumat terkini jer. Jangan risau , aku memang menghargai pembaca pembaca blog aku ni... senantiasa ! Hehehehhe...


13 ulasan:

  1. Kalau transfer kat akaun bukan fav.. leh tak?

    BalasPadam
  2. Memang best... LeYa terus download lepad baca entry ni... hehehe

    BalasPadam
  3. ss pn guna apps ni... mudah dan cepat!

    BalasPadam
  4. Bestnya apps ni.. aku dah 2 tahun tutup akaun maybank. Nak kena bukak blk ni

    BalasPadam
  5. Mudah bila ada aplikasi bank camni...okey install dulu.

    BalasPadam
  6. Julia pengguna tegar M2U ni tau ben...sbb buat online biz mmg mudah dan cekap...dlu ragu2 gak skrg mmg pasti tahap keselamatan dia bagus...x pernah ada kes. Oh ada part diskaun ye ok nak godek balik dlm aps hehehe tq ben.

    BalasPadam
  7. I pun pengguna tegar M2U gak, nak download lah pasni

    BalasPadam
  8. cantek!!! nak install gak lah...

    BalasPadam
  9. Otw download apps maybank2u. Terima kasih Ben

    BalasPadam
  10. Nad pengguna maybnk2u..tapi tak pernah downlod aplikasi die..hehhe..banyak kelebihan erk

    BalasPadam
  11. haritu nk install tapi rmai ckp xbrbaloi.ni mcm menarik bleh la try

    BalasPadam
  12. haritu dah uninstall.. em.. nampaknya kena install balik la nih.. hee~ terima kasih untuk info bangben..

    BalasPadam
  13. Setiap hari Moha guna app ni...lebih2 lagi kalau nak topup kredit hp. Senang..xyah nk pergi kedai lg dah

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009