Berbaloi dengan F&A Qiblat Sensor Watch.


Pertama kali tengok jam F&A Qiblat Sensor Watch ni , si blogger travel Faizal Fredley pakai ketika dia gi ke Eropah. Terus teringat aku ketika di luar negara yang mana nak cari kiblat pon memang payah. Maklumlah , jarang travel. Nak tanya orang kat sana.. memang agak payah la kan ? Faham faham je la dengan masalah orang di luar negara tu.. Islamfobia gitu !
" Smart jugak jam mamat ni.. ". Bisik hati aku.. Tunggu dia balik nanti.. lepak sama sama baru tanya la pasal jam tu.. Heee.. Sabar ! Bukan nak gi travel masa tu gak aku. Hehehe.. Tapi tak semestinya guna masa travel luar negara jer wooo.. dalam negara pon boleh pakai !
Dan Alhamdulillah.. dapat jugak aku berjumpa si Faizal ni dan korek segala rahsia mengenai jam F&A Qiblat Sensor Watch ni.  Dia sendiri akui yang jam ni bagus dan berbaloi untuk dimiliki. Mamat ni bukan mudah nak puji sesuatu barangan.. kalau dia dah puji memang betul bagus la tu ! Maklumlah , taste orang Eropah gituuu.. hahahaa..
Ok.. cerita banyak takda.. aku pun request satu ! Dan selang beberapa hari , ada pos laju untuk aku. Tak sangka sebegitu cepat sekali wooo... Tak sabar aku nak bukak dan pegang jam tu. Hurm.. ternyata benar kata kawan tu ! Jam tu sedap dipegang. Selesa dipakai. Talinya pun grip dengan baik. Tak membuatkan pergelangan tangan rasa kurang selesa. Yess !
Aku mula godek satu demi satu.. Sangat mudah untuk dikendalikan. Nak setting pon senang. Manual mengenai jam disertakan di dalam kotak beserta juga dengan kad jaminan untuk setahun. Aku pakai di pergelangan tangan aku.
Fuh... Memang kelas sungguh jam ni ! Terasa cam pakai jam orang kaya kaya gitu !
Kenapa korang patut miliki F&A Qiblat Sensor Watch ni ? Diberikan 5+1 sebab oleh mereka dan aku sampaikan pada korang ! Haaa.. Bukan apa.. aku dah ada dan suka sangat ! Maka giliran korang lak aku nak goda suruh beli ! Hehehehe..
  1. Teknologi QIBLAT SENSOR yang pertama di Malaysia. Anda hanya perlu tekan QIBLAT SENSOR, dan jam ini akan menunjukan arah kiblat secara automatic ‘LIVE’ seperti digital compass
  2. Arah kiblat 3x lebih tepat dari compass biasa. Ketepatan menggunakan GPS coordinate sebagai asas lokasi anda menjadikan ia tepat dan yakin arah solat anda. Diuji khas dengan alat piawaian Mufti Negeri
  3. Waktu Solat automatik di bandar utama seluruh dunia. Di programkan khas lebih dari 1000 bandar utama. Kini, anda tidak perlu risau lagi untuk solat di awal waktu. Dilengkapi dengan system alarm yang akan berbunyi apabila setiap kali masuk waktu solat
  4. Dilengkapi dengan semua surah dan ayat Al Quran untuk memudahkan anda menanda surah dan ayat terakhir bacaan anda. Mudah untuk anda travel
  5. Satu satunya jam di dunia ini yang mempunyai kelebihan mampu mengukir nama anda. Jadikan keunikan jam ini sebagai identiti diri anda
  6. Kini dilengkapi dengan Taqwim Malaysia – waktu solat yang lebih tepat bagi Malaysia, Singapura & Brunei Darussalam.
Harga ? Ok... ada banyak series setahu aku. Dan harga bergantung pada setiap series tu. Nanti boleh rujuk pada Fan Page mereka untuk mengetahui setiap kelebihan jam tu yer..
Nampaknya pasni aku rasa tak payah nak pening pening dah bila berada di tempat orang bab solat ! Kiblat dah boleh dicari dengan mudah. Banyak testimoni testimoni mengenai jam ni di web dan juga fan page mereka.
Untuk maklumat atau infomasi berkenaan F&A Qiblat Sensor Watch , sila ke :
Dapatkan sebelum kehabisan..
 

15 ulasan:

  1. Wah cun gak.. penunjuk arah kiblat tu tepat tak?

    BalasPadam
  2. Wahh menarik ni. Siap boleh tulis nama tuu

    BalasPadam
  3. Fuh... smart giler.. girl design ada gk? Hiii

    BalasPadam
  4. Walaupun aku sejenis yg x pakai jam tp yg ni buat aku teringin... demmm... byk fungsi ada dlm ni... Bamhoq, penunjuk arah kiblat ni 3 kali lbh tepat dari kompas... hehehe tolong jwb...

    BalasPadam
  5. Buat demo sket, macam mana nak tengok arah kiblat guna jam ni... Bestnya...

    BalasPadam
  6. Wahhh bagus jam ni, design pun smart.

    BalasPadam
  7. pergh.. design lagi menarik dari yang Casi*... memang masuk wishlist nie... tq

    BalasPadam
  8. abg ben wat demo sikit...bestnya waterproof lg tu...

    BalasPadam
  9. pehhh harga dia..memang orang kaya dah yg guna ni bukan macam org kaya lagi tu.. hehehe

    BalasPadam
  10. Canggih ar jam ni...
    macam-macam kelebihan dia ya!

    BalasPadam
  11. WOW Green Harney tu lawa siutt.. nk gi ngail candat sotong pom bagus nih.. :)

    BalasPadam
  12. Wah..Canggih tu jam ni...Banyak kegunaanya..

    BalasPadam
  13. Harga boleh tahan..tapi bagus sebb mudah tgk arah kiblat

    BalasPadam
  14. Saya pun tgh mencari juga jam kiblat ni. Tapi harga...errrr...yg murah sikit ada tak. hehe

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009