Bercuti ke luar negara lebih menyeronokkan dari dalam negara ? Apa dah jadi ???

by - Selasa, Mac 21, 2017

Diorang kata.. lagi murah kalau gi bercuti ke luar negara berbanding dalam negara ! Yelah , dengan harga hotel yang sama harga dengan hotel di luar negara... tiket kapal terbang dah sama macam harga petrol bila gi bercuti.. Betul , dalam negara murah lagi tapi dah hampir setanding kalau gi bercuti ke luar negara , apa kes ? 
Apa dah jadi ni ? Ada yang sanggup menyimpan dari bulan Januari hingga ke bulan Oktober semata mata nak gi bercuti ke luar negara.. Dalam negara tidak lagi menghairahkan 'mereka' ! Aku ??? Secara jujurnya , kalau aku nak bawak famili aku bercuti dalam negara , memang kena pikir panjang. Sebagai contohnya nak ke Legoland.. Harga tiket seolah dikhaskan untuk pelancong asing. Dan pelancong tempatan , tunggu ada diskaun baru mampu nak masuk ! Tapi kualiti..hurmm... 
Dalam bulan ni saja , timeline Facebook aku rancak dengan percutian rakan rakan ke luar negara ! Tak kira la mampu ke tak mampu.. mereka berusaha menjayakannya. 
Apa dah jadi ni ? Sapa yang patut dipersalahkan ? Aku tengok usaha menarik pelancong tempatan untuk melancong ke destinasi tertentu di dalam negara amat perlahan ! Hanya beberapa pihak tertentu saja memainkan peranan mereka.. Dan ada yang dah angkat tangan , menyerah kalah ! 
Ditambah lagi dengan masalah kenaikan harga barang.. lebih baik gi bercuti ke luar negara jer.. setahun sekali je pon ok dah ! 
Nasib baik laaaa ramai blogger dan pengguna media sosial masih sudi mempromosi pelancongan domestik 'secara percuma' demi kerana cintakan negara. Kalau tidak ?? Hurmm.. tak caya kalu ,  cer tanya orang hotel... mengeluh diorang dengan apa yang sedang berlaku di negara kita sekarang ni ! Hurmm.
Nak simpan duit gak.. pusing Eropah tahun depan ! Ada yang sudi nak sponsor ke ? Hahahaha..

You May Also Like

6 comments

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. kalau travel ke indon.. mmg murah jugak.. kalau bandingkan di malaysia. hotel malaysia mahal bangat . di bali hotel 3 star mcm hotel 5 star kat sini
    tapi murah dalm erti kata value... laa...
    kalau p jepun.. kopak.....

    BalasPadam
  3. airah dalam negara pun tak habis pusing lagi walaupun ada niat nak ke luar negara habiskan dalam negara dulu. dalam negara pun mcm2 tempat best ada

    BalasPadam
  4. Ok ikut eropah laa jahahahah.. tp mmg btul.. setahun skali bcuti luar ngara lwbih rs puas. Nk g dekat2.. pk harga hotel dh tbantut. Ermmm

    BalasPadam
  5. Sayala tue..sanggup mempromosi perlancongan domestik secara percuma...ahaks

    BalasPadam
  6. nk simpan duit gaklah. tabung ayam khas utk p'cutian ke overseas. he3..

    BalasPadam