Berkenalan dengan blogger baru..

 

Lama aku ‘berehat’ dari segmen.. kan ? Dan aku kembali dengan idea lama , cara lama dan mungkin akan ada pembaharuan andai aku ada masa.. Segmen bukanlah untuk mengumpul ‘penyokong’ atau ‘menaikkan trafik’ tetapi adalah untuk menambah lagi sahabat sahabat baru..

Alhamdulillah.. segmen segmen aku bertahun yang dulu berjaya menyatukan ramai blogger malah ada yang sehingga kini berada di sisi aku membentuk satu komunti hebat sehinggakan company company besar mengenali mereka dan memberi mereka job job yang berbaloi ! Sapa sangka kan ? Kalau tak , memang jangan mimpi laaa.. kena tunggu jadi blogger popular , terkenal berlevel selebriti baru laa dapat merasa job job gempak !

Ok.. segmen pembukaan aku.. aku memang tak nak ramai join pon ! Hehehe.. sebab tu aku buka untuk 2 jam jer.. Dan alhamdulillah , ada yang berminat dan mereka yang berminat , bukan calang calang blogger ! Terharu aku.

Jom kita tengok sapa mereka… Blogger pertama , ialah seorang guru.. Syed Abdul Hakim.

image

Haaa.. aku suka part ni.. hahahah ..

Pesanan buat blogger-blogger otai dan senior, supportlah kami blogger yang baru ni. Bukannya nak minta apa sangat pun, kalau tinggal satu dua komen dekat blog pun dah cukup kami teruja. Kalau bukan anda sendiri nak tolong blogger yang baru nak berjinak-jinak ni, who else? Macam mana nak besarkan komuniti blogger ni kalau takda sokongan antara satu sama lain. Tak rugi pun membantu kawan-kawan lain yang turut sama nak berblogging.  “  - Syed Abdul Hakim.

Komen aku ? Hehehehe.. masalahnya bukan blogger senior ni tak nak support tapi blogger blogger baru kena rajin rajin gi ‘perkenalkan’ diri ke blog blog senior ni dan kena buang rasa malu dengan gi komen status status mereka di FB atau Instagram. Lama kelamaan , mereka akan perasan dan akan mula tertanya.. siapakah anda ? Biar lambat tapi berjaya menjalinkan persahabatan.. kan kan ?

Ok.. nak tau selebihnya , gi baca kat blog Syed Abdul Hakim sendiri yer. Blogger kedua lak , Mommy Muhaimin.

image

Part mana aku suka dalam entri dia ?

Tapi saya harap saya dapat jadi macam blogger-blogger lain. Daripada berkawan di alam maya, saya nak berjumpa dengan mereka secara berhadapan. Face to face. Saya nak join gathering bersama-sama mereka. Saya nak join event itu ini, itu ini. Saya nak tangkap-tangkap gambar apa semua.. “ - Mommy Muhaimin.

Komen aku ? InshaAllah.. bila sampai level tu , anda akan berkenalan dengan realiti dunia blogger ni.. Dan ianya WOW ! Sangat WOW dan ada kalanya , di luar jangkaan anda … dan penuh dengan POLITIK POLITIK Blogger yang tak dijangka sama sekali.

Ok.. Jangan lupa lawat kedua dua blog ni yer..  Terima kasih kerana sudi join segmen ni.. Moga aku rajin untuk buat segmen lain.. hee..

12 ulasan:

  1. busyra slalu jgk ke blog syed. kejap lg nak ke blog mommy muhaimin pulak. hehe

    BalasPadam
  2. Eh eh nampak Syed disitu. Hahaha.

    Kalau stalk gambar Qhaliff kat Insta valid tak sebagai cara memperkenalkan diri,hehehe. Gurau je abg ben.

    Selamat berkenalan kepada mummy Muhaimin :D

    BalasPadam
  3. Lepas ni terjah blog mommy muhaimin pula...

    BalasPadam
  4. Fuyoo. Ada blogger baru lelaki lah. Ahahahaha

    BalasPadam
  5. Syed ni rajin selalu baca dan tinggalkan komen dkt blog julia...bakal guru tak lama lagi.

    BalasPadam
  6. wahh, blog baru macam best jer =)

    BalasPadam
  7. Salam perkenalan untuk mereka berdua. Nak pi terjah blog diaorg sat.

    BalasPadam
  8. Wah tu dia saya seorang syed.
    Lepas ni mesti PV melambung tinggi.

    Okay nak pi terjah blog MM jap

    BalasPadam
  9. haha thanks abang ben di atas nasihat tu hehe.
    Terharu dapat muncul dekat blog ni :')

    BalasPadam
  10. Terima kasih banyak2 Abang Ben sebab sudi memperkenalkan blog saya kepada para pembaca. Alhamdulillah, ramai yang sudi berkawan dengan saya berkat daripada entry Abang Ben ni. Thank you so much.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.