Bila aku berhenti kerja..

" Mak , pasni saya tak kerja dah kat sana dah.. " . Tergamam orang tua aku mendengarnya. Dah kerja ngan kerajaan , nak berenti pulak ? Biar betul kot ? Dah tu nak bagi anak orang makan apa ? Nak kerja apa pulak pasni ? 

Serius.. itulah reaksi mak dan arwah ayah ketika aku menyuarakan hasrat untuk tidak lagi bekerja dengan kerajaan. Best kerja ngan kerajaan ni terutamanya jika dapat geng sekepala dan juga pegawai atasan yang tidak cerewet.

Tapi kita punya sebab sebab yang kuat untuk tidak lagi berada di situ. Cuma satu je persoalan yang akan mereka timbulkan... Nak kerja apa lagi pasni ? Macam aku ni , sejarah berenti kerja memang tinggi.. Bukan suka lompat kerja tapi tak sesuai dengan jiwa. Macam macam kerja dah aku buat tapi semua tak lama.. Orang kata , kalau macam tu punya perangai...baik jadi bos sendiri jer ! Senang !!! 

Nekad.. berhenti kerja dan terus dapat jawatan sebagai Penulis Blog Tetap. Gaji ? Tak tetap. Lu rajin , lu ada ada gaji. Lu malas , makan je kasut tu ! Huhu.. Nak tak nak , aku kena rajin la.. Cam sekarang ni.. mata dah ngantuk tapi masih lagi dok update blog. 

Rezeki ada di mana mana. Aku dah tengok ramai yang berhenti kerja dan jadi pemandu Uber ! Kata mereka , lagi tinggi gaji mereka dari kerja di pejabat ! Jangan cepat putus asa. Jangan ingat , nak kerja .. mesti ada pejabat ! Cari je lubang.. inshaAllah , akan kembali maju diri tu nanti ! Leh nikah terus... 

3 ulasan:

  1. Ada yang sudah berfikiran terbuka...ada yang masih memandang sinis kepada yang tidak bekerja..bagi mereka pakai cantik2..segak2..keluar 7 pg balik 5 ptg...itu baru kerja..ada majikan..ada pjbt..

    BalasPadam
  2. semoga ada rezeki saya dalam bidang blogging ne ^^

    BalasPadam
  3. Moga rezeki aben dan blog terus murah!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009