Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 6 Mac 2017

Blog tidak lagi relevan ? Masa untuk aku undur diri !

 

“ Boleh ke laris kalau promote melalui blog ? Orang sekarang tak main blog blog ni. Semua dah ke Facebook dan Instagram. Blog dah ketinggalan dah.. “. Kata seorang founder produk yang baru siap produknya minggu lepas dan memerlukan marketing dalam media sosial tetapi mengatakan blog tidak lagi memberi kesan dalam jangka pendek !

Yer.. jangka pendek ! Kebanyakkan dari mereka ini nak laris dengan segera. Tak kisah untuk jangka panjang kot ? Keluar ari ni.. promote dan tadaaaa.. abisss ! Semua nak jadi jutawan seperti pemilik pemilik produk terkenal di negara kita ni.. hehehe.. kan kan ? Bukan semua tapi segelintir je gitu.

Betul.. aku tak salahkan mereka. Mungkin mereka kurang info mengenai dunia media sosial ni. Dulu sebelum ada Facebook dan Instagram , kita ada Youtube. Medan pengiklanan di Youtube memang gempak. Tapi waktu tu blog ada dah.. Masih hidup hingga ke zaman GST ni ? Kan ??? Relevan lagi sehingga hari ini.. kan kan ?

Ok.. tadi aku ada buat segmen.. nak tau pendapat blogger sendiri mengenai isu ni.. Jom tengok apa kata mereka..

Blogger yang juga Pegawai Polis di Bukit Aman , UmmiNani memberikan komen begini…

So, pendapat Ummi, blogging takkan pupus dari internet. Semakin hari akan semain berkembang. Makin ramai pengguna internet , maka akan lebih ramai yang menggunakan blog sebagai sumber carian info. Dalam era kini juga, ramai yang berniaga, jadi kepakaran dan kebolehan berkongsi cerita di blog boleh menjadi salah satu tools kepada marketing sesebuah syarikat. “.

Dan banyak lagi pendapatnya mengenai media sosial di entrinya , BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU !. Sila baca sendiri yer.. heee..

image

Pendapat kedua datangnya dari blogger dari Brunei , Nurfaezahabdullah. Waaah, dari negara jiran. Terima kasih kerana sudi beri pendapat. Cantik manis orangnya.. Kalau kat KL ni , sah dah jadi team #KBBA9. Hhahahaaa..

Apa pendapatnya lak ??? Tu korang kena gi baca sendiri la.. Sambil baca , dapat berkenalan kan ? Kawan baru tuu.. mana tau nak gi melancong kat sana nanti.. kan kan ?  Link mana ?? Lor.. ni haa , BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU !

5 komen :

mas saari berkata... [Reply to comment]

Rasanya blog lagi bagus kot sebab kita boleh tulis lebih detail pasal produk, boleh buat review kita sendiri. Lagi puashati orang baca rasanya.

IjamIdayu berkata... [Reply to comment]

Aduh!!! Belum ada ke geng BRUNEI kat KBBA9.. Hahahah

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

pada saya blog masih relevan. sebab apa. kalau kita search dekat google. artikel yang keluar adalah artikel daripada blog. dan penulisan itu kekal selagi mana penulis tu tak delete post tu. jadi mana mungkin kalau dia cakap pengiklanan dekat blog tak relevan. kan?

IK Tia berkata... [Reply to comment]

@Haffizul Iskandar saya sokong sangat hat ni

Nurfaezah Abdullah berkata... [Reply to comment]

thanks Bro Ben!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI