Buat duit melalui blog ? Boleh ke ? Ajarin gue !


Masih ramai terpinga-pinga bila mereka tanya akan apa aku buat dengan blog ! Mereka sangka blog adalah tempat menyebarkan fitnah selain dari info copy paste dan juga gossip semata mata ! Dan aku antara mereka yang membuang masa dengan media sosial.. huhu.. 

Mampu senyum jer aku. Nak kata apa dah kan ? Aku gi kerja , tanpa tali leher. Selebihnya , aku di rumah dukung anak. Camana nak ada duit , kan ? Harap gaji bini je la jawabnya aku ni. Dan membuang masa di blog ! Adehh.

Camana nak terangkan yer ?  Gini kawan yer.. blog ni macam sebidang tanah kosong. Bukan terbiar tapi kosong. Sapa sapa leh amik dan usahakan ! Tapi apa nak dibikin dengan tanah tu eh ? Tu persoalannya. Apakah banyak masa nak teroka tanah tu ? Nak bercucuk tanam ? Menternak ikan ? Atau buat rumah sewa ? Fuhhh...

Tak leh tangkap gak kan ? Ok la.. gini la aku bagitau. Blog ni boleh buat duit andai kita tau apa kita nak buat dengannya. Ada yang meniaga online.. ada yang buat review produk.. ada yang pasang banner iklan.. semua tu duit akan masuk ! Cuma banyak atau sikit jer. 

Dan cara nak menjana pendapatan , yang paling utama adalah network ! Bila ada network , korang akan dapat macam macam infomasi yang tidak berbelah bagi ! Korang akan dapat belajar camana nak marketingkan blog.. nak tarik projek.. nak berkenalan dengan agensi agensi pengiklanan.. Bila dah dapat semua tu , apa lagi.. blah je la dari network tu dan network lain lak ! Haa.. bijak kan ? Jangan sesekali tiru perangai katak gitu ! Tak bagus untuk kesihatan. Jaga network dan pada masa sama ramaikan lagi kawan kawan.. 

Contoh aku buat bersama Kelab Blogger Ben Ashaari... aku tau aku tak boleh harapkan projek dari agensi pengiklanan jer..  Blogger baru makin ramai. Mereka pertaruhkan rupa dan fizikal. Aku lak , walaupun dah berusia tapi rupa tetap anggun.. cuma kebanyakkan client berminat dengan yang muda muda.. maka job untuk blogger cam aku ni , memang kurang la.. hahahaha.. 

Tapi aku dah sediakan payung sebelum hujan.. Cara dan teknik aku mendatangkan hasil buat semua rakan rakan yang berada di dalam network aku yakni Kelab Blogger Ben Ashaari. Cuma blogger dalam tu perlulah berdaya saing dan rajin meningkatkan kualiti diri masing masing. Bukan duduk nganga tunggu projek datang ! 

Alhamdulillah.. apa yang aku kongsikan , ada yang bijak mengambil peluang dan berjaya capai sasaran mereka sebagai blogger ! Di luar jangkaan sama sekali ! Sebagai contoh , akan ada blogger gi pusing Eropah tanpa perlu keluar sesen pun duit ! Camana dia buat ???? Haaa.... tu kelebihannya bila kita tau tips dan triknya.. hehehe.. Tu baru salaj satu..banyak lagi woo..

Blog ni, bukan sekadar boleh buat duit kalau kita pandai manfaatkan.. Ianya mampu membuatkan kita mencapai cita cita yang tak pernah kita rasa akan tercapai ! Fuh .. percayalah.. Cuma nak tau camana nak buat ! 

Bangga aku dengan Kelab Blogger Ben Ashaari. Masing masing dah pandai cari 'rezeki' sendiri tanpa meninggalkan 'adik-beradik' yang lain.. Dapat , kita makan sama sama... Hari ni aku kongsi , esok kawan tu pulak.. kan kan ? 

17 ulasan:

  1. suka dengan ayat bukan terbiar tapi kosong. mendalam sungguh maksudnya..

    BalasPadam
  2. Terima kasih Abg Ben,tak mampu nak balas ilmu yang di beri,semoga terus di murahkan rezeki dan diri dan keluarga di lindungi Allah

    BalasPadam
  3. thanks aben banyak bagi tunjuk ajar secara direct ataupun secara tak langsung...

    BalasPadam
  4. Tq boss sudi bagi pandangan pendapat dan juga berkongsi rezeki bersama team kbba9.. semoga terus dilimpahkan rezeki untuk boss dan family..Always support..Tq

    BalasPadam
  5. Memang banyak pelajari dari Ben dan Group KBBA9.

    Yang paling tak tahan.. "Aku lak , walaupun dah berusia tapi rupa tetap anggun."

    Apsal gambar dalam tu SHOQUE macam LENTIKS lebih.. Kahkahkah

    BalasPadam
  6. Banyak nad belajar dari kelab kbba9..terima kasih sebab bagi peluang ni..selalu tunjuk ajar dan nasihat

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, banyak dah merasa dr KBBA9. TQ aben sudi berkongsi rezeki & ilmu dgn kami. Rezeki bukan dr segi duit je, tapi lebih drpd tu :-)

    BalasPadam
  8. Yup.. sangat bangga dengan KBBA dan network dalam ni. Tanpa kbba lambat perjalananan aku yg tidak muda ni utk menempa kejayaan. Tq bro atas peluang yang diberi...

    BalasPadam
  9. mendalam maksudnya.. kbba9 buka platform pd blogger.thanks ben

    BalasPadam
  10. terimakasih aben.. terimakasih kbba... hehee menternak ikan di ladang kosong

    BalasPadam
  11. Harus Bijak.sentiasa jujur..terus dedikasi..

    BalasPadam
  12. Terima kasih perkongsian yg amat baik kepada ramai blogger

    BalasPadam
  13. Terima kasih sudi terima saya jadi sebahagian dari KBBA9. Banyak benda yang saya pelajari dan dapat. Moga KBBA9 terus sukses!

    BalasPadam
  14. Tanpa KBBA9....julia rasa x berada di tahap ini...sangat setuju statement ini:

    Blog ni, bukan sekadar boleh buat duit kalau kita pandai manfaatkan.. Ianya mampu membuatkan kita mencapai cita cita yang tak pernah kita rasa akan tercapai ! Fuh .. percayalah.. Cuma nak tau camana nak buat ! "

    Betul tu...tak sangka dan tak pernah terfikir pun ke arah tu ben...tp tu lah rezeki ada kongsi sama2...kita tuai dapat hasil kongsi ahli lain yg pernah berjasa...glad sgt jd sebahagian KBBA9

    BalasPadam
  15. setiap peluang dikongsi bersama dalam KBBA9 itu yang buat saya kagum sampai sekarang.. persaingan sihat untuk menjadi antara yang terbaik! syabas ben.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009