Gaduh adik beradik tapi sayang lebih dari itu...

Tak payah ajar.. Letak je bantal tengah tengah.. Bila si abang terlalu penat , si adik beralah.. dia biarkan abang dia amik semua bahagian. Tunggu sampai dia bangun , giliran si adik lak baring.. abang layan permandangan di luar sambil membisik sesuatu di telinga daddynya..
" Nak Ultraman Taro yang macam ni .. ". Sambil mengayakannya. Aku angguk. Selagi tak angguk , selagi tu dia ulang..
Hurm.. Bagus si Qhaliff ni. Adiknya pun lebih kurang cuma adik dia ni lebih dramatik skit.. Selalu abang jadi mangsa akibat lakonan gempak si Zahra ! Adehh.. memang berjaya laa lakonan dia. Tapi aku dah tau trik Zahra. Memang tak makan dah.. Jangan percaya 100% kalau Zahra datang mengadu abang dia pukul. Kena tanya Qhaliff dulu. Qhaliff lak jenis jujur. Kalau dia buat , dia mengaku. Huhuh..
Tapi bila jadi kes kes gini dalam kereta.. masing masing beralah.. Huhu. Sian je tengok.. Kalau guna Livina tu , sorang satu seat.. ok la.. Ni Bezza je.. kecik skit..

1 ulasan:

  1. Samalah macam anak saya, suka sangat gaduh kalau dalam kereta. Tapi tak lamalah, kejap nanti baik semula. Pastu gaduh balik, huhuhuu!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.