Sabtu, 11 Mac 2017

Jangan buat majlis orang mcm sendiri punya!




Tu iklan percuma. Hahahaha.. Nak letak gambar berkaitan tajuk takut jadi isu lak. Hehehehe.. Maka gunalah gambar yg boleh mendatangkan hasil lumayan.. Cam gambar di atas tu. Heeee.. Jangan lepaskan peluang dapatkan tiket percuma yer.. Nak try gak la.. Dapat gi Maldives pon best..

Isunya gini.. Kalau jiran kita atau saudara mara kita mahupun kenalan rapat kita buat majlis seperti perkahwinan, harijadi.. Apa apa pun laaa majlisnya, kita jangan suka suka 'tapau' makanan selagi majlis belum selesai!!

Ada kes baru terjadi.. Gi majlis, amik lauk pauk.. Siap dgn cenderahati lalu di masukkkan dgn pantas ke dalam kereta. Pastu gi amik lagi! Amboi... Nak g kenduri kat umah dia lak kot???? Boleh la dia buat perangai gitu. Memang muka selipar kot?

Ada kes.. Kenduri belum bermula, dia dah tapau makanan bawak balik umah! Kat situ tak nak makan.. Ada ke patut?

Jangan buat gitu tauuu.. Bikin malu kompeni jer!

2 komen :

SITI AWADAH berkata... [Reply to comment]

mmg ada yg macam ni abang ben oi. terutama sedara mara, nak tegur takut kecik hati nak tak nak pendam sajalah... :(

mas saari berkata... [Reply to comment]

Haishhh ada jugak yang perangai camtu, mmg muka tak malu. Saya ni kalau tuan rumah bagi pun agak segan nak ambik.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI