Jika perang berlaku..

Bukan duit aku tu mahupun duit BRIM. Mampu pinjam duit orang jer untuk buat entri.. Heheheeee.. Begitulah adanya.. Moga duit ni jadi milik aku satu hari nanti.. satu je pon ok dah ! Hahaha..

Terfikir aku.. Andai berlaku peperangan, wang kertas tiada nilainya.. Dah tu, camana nak teruskan kehidupan utk membeli barang keperluan harian seperti top up prepaid internet.. beli rokok.. nak bayar yuran gym.. lepak ngan member kat kedai mamak sementara menanti musuh tiba dengan jayanya???

Na'uzubillah.. Moga dijauhkan segala bencana! Tapi jika ianya berlaku, camana? Dalam filem John Wick I dan II, ditunjukkan dengan terangnya betapa segala urusan perdagangan dibuat dgn syiling emas!! Yer, emaslah jawapannya..

Aku nak beli emas tapi masalahnya banyak dah penipuan berlaku di negara kita sekarang ni.. Acaner tu? Mana satu nak percaya??

Sediakan payung sebelum hujan.. Kan? Beli je emas rantai atau gelang.. Abis cerita kan? Hurmmm.. Tak mampu la pulak.. Huhu.. Aku bukan kerja besar.. Kais pagi ni makan lusa minggu depan.. Camana tu?

Nak tak nak.. Kita kena bersedia.. Kertas yg kita pegang akan tiada nilainya satu hari nanti.. Sapa jual emas????

2 ulasan:

  1. Takutlah bila dengar bab perang ni, mintak sangat dijauhkan. Tapi kalau benar terjadi nak tak nak kita kena hadapi jugak kan? Jadi betullah kita kena lebih bersedia dalam segala aspek!

    BalasPadam
  2. aku pun nak beli emas juga tapi aku tak reti lah..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009