Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 17 Mac 2017

Jom berhibur sambil menderma bersama sama otai kita di Muzik4Humanity !

Semalam aku pergi ke reherseal konsert #Muzik4Humanity di Istana Budaya. Yer , satu konsert yang bagi aku pastinya tak patut dilepaskan oleh kita semua sebab bakal dijayakan oleh lagenda lagenda tanah air seperti Dato Khatijah Ibrahim , Datuk Ramli Sarip , Dato Hattan dan Jaclyn Victor. Suara diorang memang padu laa ! Jangan risau yer, konsert dimulakan dengan acara selawat. InshaAllah , mohon moga diberkati usaha DNext ini. 
Konsert yang bertujuan mengumpul dana bantuan keperluan makanan dan pembelajaran melalui hasil jualan tiket itu nanti akan disalurkan kepada Program Mercy Little Caliph di Kandahar, Afganistan. Ia juga merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) DNex.




Best ! Rugi tak amik peluang ni untuk beramal sambil layan persembahan mereka. Sesekali , apa salahnya kan ? Konsert ni bermula malam ini dan juga akan ada pada esok malam di Istana Budaya , Kuala Lumpur. 
Harga tiket ? Ada RM150 , RM280 , RM380 dan RM450. Mahal ? Rileks la bro.. 4 legenda beraksi kot ? Mereka pon beraksi secara percuma. Macam diberitahu tadi , semua kutipan masuk ke tabung ! Haaaa... apa salahnya sesekali menyumbang untuk jumlah yang besar skit.. ala.. skit je ! InshaAllah baik pulangannya.. kan kan ?

Ok.. Korang boleh beli tiket cepat di www.ilasoctickets.com atau pergi je terus ke Istana Budaya , sebelum 8 malam ! Dengar cerita esok penuh.. malam ni masih ada kekosongan ! Hehehehe.. Jooomm malam ni ! Berbaloi ok ! 

1 komen :

Shesyira As berkata... [Reply to comment]

haritu ada tengok dato kathy promote di whi. teringin nya nak pergi

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI