Selasa, 14 Mac 2017

Ketakutan aku pada Aariz..

Setiap kali aku dapat job dan memerlukan aku pergi ke event atau lokasi tertentu , aku akan pandang pada Aariz. Zahra dan Qhaliff , takda isu ! Isunya cuma si kecik ni jer ! Adoiyai.. kena pulak awal pagi eventnya ! Camana laaa gamaknya.

Kalau ada event , aku kena gi antar diorang ke rumah mak aku. Tapi kalau pagi tu , ok lagi laa... dia akan tidur nyenyak terutama jika dimandikan dan dibagi sarapan pagi ! Nyenyakkk la dalam kereta.. Itu kalau pergi.. masa pulangnya ? Allahu Akhbar... sesak nafas aku dibuatnya ! 

Macam tadi.. perjalanan lagi 30 minit nak sampai rumah tapi Aariz dah bantai meraung dan meronta nak keluar dari car seatnya ! Apakah reaksi aku ??? Mereka yang pernah alaminya saja akan tau apa yang akan mereka buat seterusnya.. 

Dan tertonton video yang mana si pemandu perempuan mabuk memandu masuk ke lorang bertentangan.. dan mengakibatkan kematian dan berbijik kereta rosak ! Paham tak maksud aku yang nak aku sampaikan ni ? Bayangkan kalau aku dok leka layan anak menangis.. dan ada pemandu mabuk di awal pagi memandu gitu.. Hurmm..

4 komen :

Sue Izza berkata... [Reply to comment]

minta di jauhkan la dr bertembung dengan rg mcm tu Allahhhhhh

misha birdnest berkata... [Reply to comment]

Faham ben sbb sy ada 2 org ank yg jns mcm tu...prnh jadi, berbulan2 husband terpaksa hntr dn ambik kerja sebab baby tak nak duduk carseat

mas saari berkata... [Reply to comment]

Memang haru kalau anak menangis kita tengah memandu. Jawabnya berhenti tepi dululah.

Mohaz Sue berkata... [Reply to comment]

Sama macam Amsyar. Memang dia akan menangis meraung tak berhenti kalau letak dalam car seat. Selagi tak keluarkan dan letak atas riba, selagi tu dia tak diam. Memang tak boleh fokus memandu. Sebab tu kalau terpaksa sangat barilah drive. Kalau tak, tunggu jelah suami balik kalau nak pergi mana2 pun...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI