Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 21 Mac 2017

Perlukah aku geram dengan SKYNET ???

Arghhh.. kenapa laaa tak guna Pos Laju je ??? Setakat ni Pos Laju di Sepang cemerlang sama sekali! Dan kalau dengan SKYNET ni , dah ada pengalaman sedih..tak sampai sebulan tempohnya !  Yang pertama leh baca di Perkhidmatan SKYNET teruk eh ? . Dan ini yang kedua...
Tapi sebelum tu , aku abiskan cerita part 1 tu.. Aku ke Subang , yakni ibupejabat SKYNET untuk amik barang aku tu. Hari Sabtu... atau diorang kata akan hantar semula pada hari Isnin. Aku tak nak tunggu sebab courier tu melibatkan kerja aku. Kena buat segera !
Gini rentetannya.. eceh.. Jumaat tu , aku call bertanyakan barang aku. Perempuan yang jawab , sangat peramah ! Aku kasi 5 bintang. Aku adil kan orangnya ? Kalau ok , kita puji. Kalau tak ok , kita nasihat.. ececeh.. nasihat la sangat yer !  
Ok.. sambung.. aku bagitau masalah aku dan dia selesaikan. Aku cakap aku nak datang amik jer. Senang. Walaupun mengambil masa lebih dari  sejam untuk ke sana , aku redha jer ! Demi tanggungjawab.. hehehe.. Bagus kan ? Sapa sapa nak aku review produk dia , sila email aku yer.. hehehe.. 
Sambung lagi.. Sabtu tu , aku gi la SKYNET.. guna Waze. Tak susah pon. Dan dalam jam 11 lebih tu smapai la sana. Ada sorang lelaki bertugas. Aku hulurkan notis dari SKYNET tu.  Dan tak lama kemudian , datang sorang lagi staff menaiki motor. Agaknya dia gi amik barang kot.. 
Lelaki yang aku kasi surat tu check.. Dia cakap barang aku tak sampai situ lagi. Kena tunggu ! What ???? Aku bagitau dia.. semalam aku dah call dan diberitahu suruh amik kat HQ jer ! Takkan aku nak kena tunggu diorang hantar barang tu kot ??? Adoiii.. Tiba-tiba kawan  dia check. Terus dia cakap.. barang tu ada kat belakang budak tu jer ! Adehhhh.. Belakang dia jer !! Aku rasa budak tu , mesti staff baru kat situ berdasarkan penerangan kawan dia tu yang nampak lebih arif mengenai operasi SKYNET. Aku tak marah . Aku amik barang tu dan ucapkan terima kasih. Fuh , legaaa.. selesai masalah aku.
Dan semalam.. haaaa.. Ada van SKYNET datang rumah aku. Aku dok pikir laa.. apa pulak barang aku order ni ??? Tak de rasanya.. Aku keluar berkain pelikat. Tak silap aku jam 4 petang. Dia sebut nama BEN ASHAARI. Yelah tu.. barang untuk aku. 
Dia geledah mencari barang aku. Sementara tu , aku jemur baju. Terlupa ada baju yang perlu nak dijemur.. hehehe..  Abis jemur.. Barang aku tak dapat lagi. Ah sudah.. 
" Bang.. Mintak maaf. Barang tertinggal laa. Esok saya hantar yer " . Aku angguk je ! Terasa kelam dunia aku ! Esok aku nak gi umah mak aku woiiii ! Takkan aku nak duduk rumah seharian dan tunggu barang aku sampai ???  Tapi tak terluah dek kata kata. Aku akur jer. Esok nak tak nak , kena duduk rumah sebab aku tanya staff tu barang tu dari sapa. Katanya dari Cyberjaya.  Dari company tech gitu ! Huhhh.. 
Dan hari ni.. aku tunggu... sehingga jam 8 malam ! Tiada sebarang perkhabaran. Arghhhh !! Giler laaaa weii. masa aku terbuang gini jer. Apakah aku perlu menunggu lagi esok ? Dan aku harap , barang tu berbaloi untuk aku menanti ! Kalau dia bagi tisu tandas , siap dia ! 
Aku update di Facebook.. kena gelak jer ! Adehhh... 

4 komen :

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata... [Reply to comment]

peh memang menyirap darah kalau mcm tu..mungkin ikut kawasan. sbb kalau kat sini smua ok je..takde msalah..

Shesyira As berkata... [Reply to comment]

ahahhaha sabar jela kalau kena mcm tu.xboleh nak kata apa dh

ArELeEz berkata... [Reply to comment]

yupp! giler teruk! call xb'jwb. call hq pon same, lambat giler nk jwb. rase nk cramp jari jemari m'dail & pegang fon. huh!

Min Aina Ila Aina berkata... [Reply to comment]

pengalaman saya, barang frozen! Disimpan dari Khamis sampai Isnin. Boleh jadi bangkai la pun. Yang geram sebab takde sikap bertanggungjawab langsung. Boleh jawab "Tengoklah kalau esok driver nak masuk kawasan Puan dia hantarlah".Terpaksa cari runner pulak pegi pick up barang tu sebab tak sanggup nak dapat daging busuk.

Moralnya, kalaulah ada barang kita yang dihantar guna skynet, cepat-cepatlah track, selalu-selalaulah track. Memang ada potensi barang korang dok tido je kat mana-mana branch.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI