Photostate je la kat pejabat ! Tu pun susah !

 

“ Bang , tadika Qhaliff nak dokumen dokumen tu. Kena photostate kat mana mana kedai luar tu.. “. Pinta wife.

Lorr.. kat pejabat kan ada mesin fotokopi tu haaa. Yang nak suruh aku redah cari kedai buku , kenapa lak ??? Adehhh.. Dah la free.. leh suruh staff bawahan dia buatkan je.. kan kan ? Apa guna jadi boss !

Tapi tak boleh ! Kita tak boleh guna harta awam sesukahati kita jer ! Akhirat kelak , jenuh kena soal ! Nak jawab camana ?? Haaa… Amanah tuuu. Jangan ikut sesetengah orang.. harta awam serupa harta mak bapak dia. Siap kumpul sampai mengunung gitu ! Huhhh..

Maka petang tadi.. sesampai je dia di rumah , terus aku keluar. Tukar syif jaga anak.. Aku cari di kedai buku yang biasa aku pergi. Tapi sayangnya.. mesin rosak la bang !

Adeh.. camana ni ? Aku tak familiar dengan kawasan ni walaupun dah duduk lebih 3 tahun. Hehehe.. Aku redah je cari.. Jumpa tapi jawapan sama.. rosak !

Aku pusing lagi.. dan akhirnya ada ! Alhamdulillah.. selamat wife aku dari melakukan dosa tapi aku yakin.. kalau mesin fotokopi kat kedai tu rosak , dia takkan guna harta pejabat ! Tu dia punya prinsip !

image

Siap.. esok kena hantar dah tapi… wife lak kena gi Parlimen.. aku lak ada meeting di KLCC.. Qhaliff kena cuti la gamaknya ! Sapa nak amik dia petang kalau dia gi tadika ?? Huhuu.. sian dia..

11 ulasan:

  1. selalu fotostat apa2 kat speed mart baru bukak area jalan masjid jenderam tu dari trafik light simpang 3 rumah saya tu menghala ke dengkil,belah kiri ada speedmart n mamak fadiya.

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan urusan tuan

    BalasPadam
  3. la.. kesian Qhalif. Saya pernah alami mcm ni, anak balik sekolah je terus cakap, "mama cikgu nak suruh photostat" alamak! malasnya nak keluar. Last-last, beli mesin printer sekali photostat yang harga murah2 tu letak kat rumah. Haa habis cerita, aman dunia hehe

    BalasPadam
  4. bagus nilai yg terpuji yang tak ramai orang boleh buat...tadika pun nak sijil nikah ke ben?

    BalasPadam
  5. Betul tu, segan nak guna sesuka hati harta ofis untuk kegunaan peribadi.

    BalasPadam
  6. kedai buku taman seroja ada 2 Ben pergi yang dekat situ ke? kalau 2-2 pon rosak payah betullah..

    BalasPadam
  7. betul sangat tu, amanah Allah tu

    BalasPadam
  8. Betul tuh abang Ben. Harta awam tak boleh guna suka suka.

    BalasPadam
  9. jadilah seperti saya....beli printer wifi 3 in 1 yg boleh print , scan dan fotokopi.....jiran pun ada tumpang fotokopi

    BalasPadam
  10. gune harta awam satuuuu..

    suruh staff potostat pon satu hal...
    mahu staff dok kecoh kat orang lain..

    kepantangan betul kalau bos suruh buat benda personal..

    bos tetap bos..
    tapi bos berkaitan kerja je la..

    personal..
    sorry..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009