Qhaliff Iman sertai lawatan buat pertama kalinya..

by - Selasa, Mac 14, 2017

Semalam , buat pertama kalinya aku lepaskan Qhaliff di tangan orang lain. Tak pernah dia , aku benarkan ikut sapa sapa sepanjang aku membesarkan dia.. Heeee. Ngan parents aku pun susah wooo.. Bukan tak percayakan diorang tetapi tak percayakan Qhaliff ! Dia lasak skit dan payah nak diuruskan.. ketika tu ! 

Tapi selepas dia 'bersekolah' ni , aku yakin dengan dia. Dia dengan cikgu cikgu dia , dia dengar kata. Bukanlah dengan aku tak nak dengar cakap... takda la gitu ! Dia dengan aku , boleh lagi la nak bermanja manja.. aku tak tegas sangat dengan dia walaupun sebenarnya , aku amat tegas dengan dia. Lagi pun , pemilik tadika tu adalah kenalan aku gak. Dia pun ikut sama gi lawatan tu dan aku yakin dia dapat jaga Qhaliff seperti dia jaga anak anak dia. Dari kecik lagi dia follow cerita Qhaliff di blog aku ni.. huhu.. Terima kasih Ticer Arina. 

Ke mana dia ? Ke Pizza Hut dan kilang roti Gardenia. Dan dia tersangatlah enjoynya. Suka dia dapat bersama sama rakan rakan kelas menikmati pengalaman baru. Sewaktu jemput dia balik , dalam kereta tak putus putus puji diri sendiri ! Huhhhhh..



Sampai tertidur tidur dia dalam bas. Penat sangat la tu kot ! Hehehe..

Sementarat tu ,  aku di rumah selepas hantar Qhaliff.. aku ada satu projek amal. Dan projek ni memang menginsafkan aku.. huhuuh...


 Mengenai projek ni , aku akan cerita nanti dalam blog. Ianya mengenai sejenis penyakit yang jarang kita tau mengenainya dan satu larian amal yang sangat best akan aku war war nanti. Hasil dari larian ini akan disalurkan ke tabung persatuan tersebut bagi membantu meringankan mereka yang mengidap penyakit ini..

Pakaian tu macam nak gi menyerang pengganas je kan ? Tau tak , suit aku pakai tu berat dia lebih 30kg ? Tunggu video tu nanti eh..


You May Also Like

4 comments

  1. Wahhh mesti Qhaliff seronok. Mesti tak habis² cerita pasal lawatan dia kan? Hehehee!

    BalasPadam
  2. alahai comeynye g lawatan..budak2 nih, dgn kita, 'tak berapa nak dgr', dgn cikgu, semua betul, kalau cikgu suruh terjun longkang pun, iya kan aje.,..hhahah..budak2..;-))

    BalasPadam
  3. Bila dah sekolah ni kan sesekali bagi dia kenal dunia luar bersama cikgu dan jugak kawan2 pulak..insyaallah dia makin ok..banglong hebat..

    BalasPadam