Rabu, 22 Mac 2017

Tiada lagi game online untuk Qhaliff !

Abis dia download masuk dalam tablet aku. Dah la di hp satu lagi tu dia buat gitu gak ! Tapi hp Sony X tu , mak dia dah sita. Tak kasi main game. LEKA ! Dia kacau aku lak. Dia tau aku akan kasi. Hurmm.. lembut sangat aku. Silap aku jugak tu. 
Aku tak main game. Tak da game dalam handphone aku. Tapi dia belajar dari sepupu sepupu dia. Belajar download.. Hurmm.. sukar nak kawal. Kang kalau marah anak anak buah tu , jadi isu lain lak.. Hurmm..
Nak dijadikan cerita semalam.. aku rasa kena sita terus la handphone dari anak anak aku. Gini ceritanya.. Qhaliff main game. Dan ada beberapa kali tiap dia ubah posisi kedudukan dia. Dia seolah olah tak nak kasi aku nampak apa dia buat ! Aku perasan... aku biar dulu.. Bila dia ingat aku tak perasan , aku terus rampas handphone tu ! Dan.. hurmm.. Korang tau kan game online bila dah 'mati' , kalau nak continue kena tengok 'iklan' untuk beberapa minit , kan? Dan 'iklan' dia kebelakangan ni ada video klip kpop yang seksi ! Haihhhhhhh.. patut la dia lari.. dia tau aku akan marah kalau tengok.. Walaupun dia tak tengok 100% tapi dia dah belajar 'mengelakkan' diri bila melakukan kesalahan. Ini tak sepatutnya berlaku sama sekali ! 
Hurmm.. makin bahaya dunia sekarang ni. Kiri kanan depan belakang , ada je jarum yang nak merosakkan anak anak kita.. Haihhh... 

5 komen :

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

macam2 cara kan zaman nie
kena selalu alert

ArELeEz berkata... [Reply to comment]

teknologi tanpa kawalan & pemantauan mmg bahaya utk children. kdg2, game tu ok. tp, iklan dia.. ya ampon..!

Nurulhuda Abdul Latip berkata... [Reply to comment]

Ye memang kena stop kan. Macam anak sulung saya la pantang dapat hp tu dah 12 tahun tu..Lagi berisiko..Memang kena pantau sangat2.

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Tetiba rasa down...sama situasi juju alami mcm ben...mlm td my son pun main game...dia buat gitu gak...bila paksa nak tgk sama2...pandai dia kalih game lain...game asal ntah mana2...rasa nak kena SITA !

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata... [Reply to comment]

sbb tu tak pernah bg anak2 buka youtube atau download game sndiri..nasib jenis mmg suka tnya mummy dlu..hehe..
bahaya skrg ni.iklan dah tak tapis

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI