Isnin, 6 Mac 2017

Youtube mengerunkan para ibu bapa ! Pentingnya pendidikan seks di awal persekolahan.

 

Fuh…terkedu kejap bila tengok anak dok belek video kartun kartun yang ‘dirosakkan’ dengan sengaja yang aku kira sememangnya dilakukan oleh pihak pihak tertentu untuk ‘membasuh’ fikiran anak anak kecil kita.. tak kira bangsa dan agama !

Baru-baru ni ada seorang rakan blogger mengadu dan bertanya bagaimana nak block channel channel mengarut dan semakin bersepah di Youtube. Dan memang ada cara malah aplikasi khas namun itu tidak menyekat keseluruhan kerana ada berjuta juta video di Youtube dan kandungannya tidak bagus untuk kesihatan mental anak kita..

image

Jangan bagi anak anak kita tengok handphone ? Betul.. tu memang jalan terbaik tetapi mampukah kita kawal bila mereka bersama kawan kawan mereka bila dah bersekolah nanti ???

Betul.. didikan bermula dari rumah. Alhamdulillah.. Tapi bagi parents yang terlalai lak camana ? Kesian kat anak tu kan ? Dengan hasutan kawan kawan sebaya , anak mereka dalam keadaan yang sangat merbahaya ! Hurmm.

Pendidikan seks di sekolah boleh membantu ? Jap.. ada ke pendidikan seks di sekolah kita ni ? Baru baru ni aku tonton satu dokumentari di tv.. Di Eropah , pendidikan seks di ajar di sekolah sekolah. Dan hasilnya , statistik anak dibuang depan rumah orang amat rendah ! Ke takda ? Tak ingat lak aku tapi yang pastinya , kes kes buang bayi ni , memang sangat rendah.. Itu cara mereka di sana. Kita di sini , boleh menambah baik lagi subjek tu. Ada banyak kebaikan seperti dapat elakkan mereka ditipu oleh orang dewasa.. paham kan maksud aku ?

image

Peranan kita sebagai ibu bapa sangatlah penting. Jangan lepas tangan pada guru guru atau pengasuh mereka sebaliknya kitalah jadi pendinding atau perisai utama untuk anak anak kita.. Jangan asyik bagi alasan ,nak cari duit ni pun untuk mereka juga ! Apa guna kita beri emas sedangkan mereka cuma perlukan kasih sayang dan perhatian dari kita ? Kan ?

4 komen :

Ishak Ismail berkata... [Reply to comment]

jurulatih MMA.. MMA santai korner kah?

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

semalam ada jugak tengok sorang budak ni layan vdeo elsa dgn spiderman..
aku pn tak tau tu video atau game.
tapi kalau tengok pada screenshot ben tu macam video je.
bahaya ni.

mas saari berkata... [Reply to comment]

Uishhh makin menakutkan youtube sekarang, ibu bapa kena lebih alert. Nasiblah anak² kurang minat dengan youtube ni.

Sheila Adziz berkata... [Reply to comment]

saya tak guna smartphone peluang anak2 nak tgk youtube memang rendah, tp pendidikan seks di sekolah dah ada. Anak saya darjah 3 awal tahun lalu dia balik cerita apa yang cikgu ajar ttg pendidikan seks kat sekolah... organ seks, yang mana org tak boleh disentuh dan sebagainya...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI