Apa ? Qhaliff ada ujian 'spelling' ?

by - Jumaat, April 07, 2017

Dapat mesej dari guru tadika Qhaliff. Jadual peperiksaan dia ! What ?????? Eh , teromputeh lak.. Apaa ???? Adehhh... Siap diberi 'soalan bocor' lagi. Bermakna kena kasi dia hafal perkataan perkataan tersebut. 
Tetiba teringat zaman aku sekolah dulu... Cikgu kelas yang biasa bagi 'spelling' ni , memang time tu dia tak da mood nak mengajar ! Dan anak anak murid dia bergumbira sangat sangat ! Tak yah belajar masa tu.. Takat spelling , apa la sangat kan ? Cecece.. Tapi tu masa sekolah menengah. Masa sekolah rendah , cikgu kasi hadiah berupa wang ringgit.. Sapa paling tinggi markah , dapat RM1 ! Haaaa.. masa tu air tin baru 50 sen ! Haaa.. sekarang berapa ? Bayangkan apa boleh buat dengan RM1 ! Syurgaaaaa... hahahaa.. 
Selain dari 'exam' dia akan ada sukan ! Dan parents wajib kena hadir. Kebetulan lak mertua aku datang dari Kelantan.. Haaaa , camana tu nanti ! Pening dah ni... Jujur cakap.. aku malas nak join sukan sukan ni. Bukan tak sporting.. tapi takut terover nanti ! Terlupa daratan lak.. Hahahaha... 
Apa apa pun... kena kasi Qhaliff hafal dulu. Takat ni dia reti eja 'ibu' dan dah poyo... Dia kata ibu dia yang salah eja dan suruh gi sekolah.. belajar ! Banyak dah dia reti cuma dia malas nak tunjuk depan aku ! Takut dia kena studi lagi... Pandai mamat ni nak larikan diri ! 

You May Also Like

2 comments

  1. Clever qhaliff ni...terketawa acik juju tau baca...oh byk dah tau tp sorok takut daddy dia kan ex cikgu...nanti kena buat latih tubi lagi penat la kan...eh acikkk juju pun nak lari gak la hahaha

    BalasPadam