Baju MARVEL original murah !

Terkejut aku ! Aku ingatkan tiruan ! Aku belek betul betul... Dan terngaga ! Ori tuu tapi kenapa jual kat sini ?? Sini tu mana ??? TESCO Bandar Baru Nilai... Aku pegang kain dia. Berkualiti ! Aku biasa dah tengok baju baju tiruan ni dan kainnya pon berbeza.. Cetakkan pon leh tau dahh !  
Terus aku belek baju baju yang lain. Tak banyak ada pon.. Selain Guardians Of The Galaxy , ada Tranformers dan Star Wars. Terus aku rambang mata memilih.. kena cari yang betul betul elok sebab semua ni reject punya ! Haaa , sebab tu ada jual kat sini.. Reject ! Harga pon bukan murah ! Sehelai RM40 la gakk.. Kalau diperhatikan betul betul , memang akan nampak la part mana yang buatkan dia tercampak kat sini.. hehehhee.. 

Terus aku sambar dua helai. Satu si Groot ni dan satu lagi Tranformers.. hehehe.. Maklumlah , nanti kan keluar movie tu.. hahahaha... Wife dah menjeling.. Katanya dah banyak baju aku ! Hahahaha.. memang la banyak tapi tu dah asyik ulang pakai. Lagi pun baju ni rare nanti ! 
Aah , orang perempuan mana paham minat lelaki ! Hahahahaa.. 
Qhaliff pon ternampak baju Tranformers sekali ngan seluar. Dia amik dan letak dalam troli terus ! Hahahaha.. RM60 tuuuuu... Kalau tiruan baru RM10 ! Ni baru reject punya.. kalau yang ok , entah berapa harga dia..
Nanti nak gi lagi laaah ! Tak abis belek lagi ! Baju Aku Budak Minang dan Ujang pon hado ! 

2 ulasan:

  1. IQ beli baju marvel dekat tesco melaka, beli sekali satu keluarga masa raya tahun lepas.

    BalasPadam
  2. Nanti nak tgk tesco kt area rumah kot ada nak selit beli kt abam Qi hehehe

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009