Sabtu, 8 April 2017

Batuk teruk si baby ..

Hurmm... Usia baby baru nak cecah 7 bulan. Tak digalakkan bagi ubat pada mereka. Kena antibodi mereka lawan sendiri batuk tu.. katanya la.. Aku malas nak bertelagah. Iyakan jer laa... Dan biarkan wife guna cara 'orang lama' yang dia tau.. Yelah , dulu Qhaliff dan Zahra pon dia yang ' selesaikan '. Aku nak kata apa kan ? Heee..
Tapi kebelakangan ni , batuk dia makin menjadi. Selsema dia ari tu dah hilang , muncul balik. Sian lak kat Aariz. Aku pun bingung jap. Sapu dah pelbagai minyak kat Aariz tapi menjadi jap jer. Hurm.. buntu jap.
Ada rupa muka buntu tak ?

Aku try Google dan ada jawapannya. Ramai dah alami kes cam aku ni. Dan mereka berikan jalan alternatif. Ada 3 cara dan aku dah guna salah satunya. Baki 2 cara. Ni aku suruh wife buatkan. Aku bukan tak nak buat. Kalau aku buat , aku terus bukak kilang ! Tak buat skit skit.. hehehehe.. 
Cara pertama ialah mandian lemon. Gunakan sebijik lemon dan air suam. Letak dalam besen kecil dan mandikan dia. Bukan besen besar macam aku guna tu yer. Bila mandikan tu , bukan suruh baby buat kuak kupu kupu mahupun terjun tiruk.Basah basahkan badan dia. Nak kasi serap vitamin C pada badan baby tu kot. Aku nk try gak la.. aku pun baby gak.. 
Cara kedua ialah Garlic Oil.. bahannya ialah bawang putih dan minyak zaitun. Racik halus halus dan campurkan dengan sesudu minyak zaitun.Pastu sapukan kat tapak kaki dia dan pakaikan stokin. Kata kawan tu laaa... Mujarab katanya. Wallahualam. 
Nak try kat Aariz la nanti. Kalau tak mujarab gak.. aku try cara ketiga. Suruh wife sedut je hingus tu. Aku tak leh sedut. Risau nanti usus ngan buah pinggang tercabut sama keluar dari hidung. Haaaaa.. maklumlah , sado.. Hahahahaha...

3 komen :

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Petua bwg putih & minyak zaitun tu biasa dengaq gak, tapi i tak pernah try. Slalu kalau si kembar ni tgh batuk yg bertalu talu tu, i bacakan surah Al Kausar, dan hembus kat ubun ubun dan dada. Alhamdulillah batuk reda, sementara nak cari ubat lain bagi.

aznie berkata... [Reply to comment]

Petua bawang putih tu ada yang komen tak berapa digalakkan sbb kulit bb sentitif & nipis. Ada setengah tak tahan dgn panas bawang putih & kulit tapak kaki jd melepuh. Tp sy tak pernah try

syazai86 berkata... [Reply to comment]

masa anak2 kecik lagi memang guna cara sedut hingus kat hidung tu....Alhamdulillah cepat ja baik....

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI