Bila aku berlipstik..

Aku post gambar aku review lipstik di Instagram dan Facebook. Ada yang faham kenapa aku buat gitu dan ada yang tidak.. dan ada yang buat buat tak paham walhal tau je kenapa aku buat gitu.. kan kan ? Tak kisah la.. tapi isunya , ada yang mempersoalkan.. kenapa aku buat gitu ? Tak reti malu ke ? Haish..
Aku tergaru kepala..Yang korang tengok rancangan lawak kat tv tu , pelawak lelaki berpakaian perempuan.. korang ketawa berderai air mata ! Tak pulak kata macam tu ? Kenapa bila time aku , pandai pulak berkata macam tu ? Apakah sebab aku ada pertalian persaudaraan ???? Hekler... Apa yang aku lakukan , segalanya bersebab... Aku tak buang masa aku sia sia di media sosial ! Tak seperti ada insan insan yang gunakan media sosial untuk mengutuk sesama sendiri terutama adik beradik melalui status status yang dimuat naik ! 
Ok.. Yang menariknya , aku post satu lagi menda di Facebook dan Instagram. Sengaja aku buat gini sebab aku nak tengok , siapakah insan yang akan prihatin dan perasan.. Aku post mengenai projek amal yang aku terlibat sama ! Aku ulangi.. aku post dua menda.. satu pasal lipstik dan satu lagi projek amal ! Jumlah komen pada lipstik jauh lebih tinggi dari projek amal yang aku terlibat tu ! Wow... ternyata kita lebih tertarik pada sesuatu yang 'mengundang kontroversi' , kan ? Hehehehe.. 
Menariknya , bila aku melakukan sesuatu di luar kebiasaan.. terutamanya yang tak sedap mata mereka memandang , mereka bercakap ! Bila ianya sedap sangat untuk dipandang , krik krik bunyinya ! 
Sian orang orang gini. Serius... aku kenal sangat orang orang gini.. Mereka sangka mereka bijak. Mereka sangka mereka dah cukup bagus..padahal mereka tak tau apa apa langsung ! Dan kesiannya , mereka berada di bawah tempurung.. 

2 ulasan:

  1. Saya faham...No worries, i ok je.
    Biasalah orang kita kan, lebih suka nak mengkritik kan..

    BalasPadam
  2. Orang lebih tertarik pada benda yang luar biasa berbanding benda kebiasaan.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009