Bila aku sakit gigi...

Aku pasti ramai yang  takut bila 'sakit gigi' menyerang ! Segala aktiviti seharian boleh terganggu. Selera makan langsung takda.. Gusi berdenyut denyut ! Fuh , rasa cam nak amik 'playa' dan cabut gigi terus pada masa tu gak... kan ? 
Aku mengadu kat wife... nasib baik ada wife kan ? Kalau tak ? Haaa..mengadu kat awek ? Hehehe.. kena bahan la jawabnya kann... Kalau ngan wife , dia tau kalau 'hero down' ... abis la dia tak da bantuan menjaga anak anak di rumah sebab si hero dah 'tertewas'..kan kan ? 
Dan wife kasi aku minyak Living Oil. Katanya bagus.. Aku pun letak kat gusi. Kebas rasanya... Terkena kat bibir.. memang kebas la ! Huhuh.. Rasa sakit tu hilang jap.. tapi tak hilang sepenuhnya. Kena ulang 3-4 kali kata wife... Hurmm..
Aku solat Zuhur.. sewaktu sujud , entah camana.. terimbas di benak aku , sesuatu yang aku amalkan dari dulu.. membantu aku hilangkan sakit gigi ! Setiap pagi dan malam aku amik secubit dan gigit... lalu telan ! 
Abis je solat .. terus aku ke dapur dan cari.. Terus amik secubit dan gigit.. kemam jap.. pastu telan.. Pahit giler ! Tapi aku dah biasa.. Alhamdulillah , sakit gigi aku hilang ! Dan lepas solat Maghrib tadi , sewaktu sujud , sakit gigi tu tak rasa dah.. Kalau tak , masa sujud tu memang terasa laa sakitnya.. 
Wowww....serius ! Wowww.. Lega sangat ! Dan yer , antara makanan sunnah ! Habbatus  Sauda ! Amalkan amik secubit setiap pagi.. InshaAllah , banyak manfaatnya. 

 Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Pada habbatas sauda itu ada penawar/ubat bagi semua penyakit kecuali mati.” [Riwayat Al-Bukhari dalam Sahihnya, kitab Al-Tibb no. 5687; Riwayat Muslim no. 2215]

Tapi ingat yer , tak semua orang boleh amik tauuu !  Mohon baca satu artikal Salah Faham Hadith Habbatus Sauda Ubat Segala Penyakit dulu yer... 





4 ulasan:

  1. Betul tu.. sekali dapat sakit gigi, habis hilang mood seharian.

    BalasPadam
  2. Kita selalu gigit bunga cengkih, leh hilangkan jugak sakit gigi.

    BalasPadam
  3. wow, thanks for the info! memang ade gigi bongsu tengah rosak ni

    BalasPadam
  4. wahh bagus ni..tq abg Ben share kan..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009