Bila LELAKI cari barang...

" Mana tab abang ? Nak charge ! Dah abis bateri tuu.. Qhaliff main semalam.. " . Tanya aku. Wife jawab dalam laci.. Aku tanya dia dikala dia sedang lena tidur. Aku berpusing pusing cari dalam bilik tidur. Semalam nampak atas almari. Tapi bila aku kembali cari , tak da dah ! Arghhhh ! Stress.. Malas nak cari dah. Tunggu je wife bangun tidur kang.. baru tanya semula.
Aku sambung update blog. Zahra menemani aku. Aku pandang dia. 
" Zahra nampak tak tab daddy ? ". Tanya aku. Dia pandang aku dengan muka blur. Pastu sambung tengok KungFu Panda. Tak layan aku ! Huhhhh... Sampai hati dia tak nak tolong carikkan.. Huwaaaa... 
Azan subuh berkumandang.. Aku solat dulu. Abis solat , aku sambung update blog. Terdengar seseorang kat dapur. Yes , dia dah bangun ! Terus aku tanya sekali lagi.. " Takda pun tab dalam laci ? Laci mana ?? "
" Tuuu.. depan mata tu apa ??? ". Jawab dia ! Aku tergamam. Bila pulak ada kat depan aku ni ? Apahal aku tak nampak ???  Aduhhh... apakah mata aku semakin kabur ?? Ececeh.. tetiba salahkan mata ! Hahahahaha.. 
Terus aku teringat akan status aku sebelum aku tidur .. hehehehe... Terkena balik kat aku.. hahahaha.. Adeh.. lelaki bila cari barang.. memang huru hara ! Yelah , bukan semua.. tapi majoritinya gituu.. Bukan apa sebenarnya.. dalam kepala lelaki ni macam macam ada.. Sambil mencari barang , dia sedang berfikir camana nak selesaikan masalah ekonomi dunia ! Sebab tu , benda depan mata pun dia tak nampak ! Haaa.. kan lelaki kan ? 
Adeh.. 

2 ulasan:

  1. Bila balik kg..sama ada rumah babah mama atau rumah mertua...bila anak cari barang tanya babah atau abah..dialognya..."cuba tanya mama...babah tak tahu simpan mana"..."tanya mak ko...abah cari mesti tak jumpa"....memang gitu agaknya..hihi..

    BalasPadam
  2. Hehehee, samalah dengan yang kat rumah kita tu. Cari barang depan mata pun tak jumpa.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009