"Boleh saya tengok profile awak sebagai blogger ? "

Woww.. bila ada client mintak kat aku , aku tersenyum. Bukan apa , bila diminta aku akan demand harga. Kalau dia tak minta , aku letak harga 'boleh dirunding'. Hehehehe.. Bukan la nak kata trafik blog aku kencang.. jujur aku kata , trafik blog aku dulu dan sekarang berbeza. Kalau korang ikut blog aku ni dari dulu , korang leh nampak inti pati blog aku ni. Tiada lagi entri entri umum seperti isu semasa , hiburan , politik mahupun sukan. Aku lebih banyak cerita pasal diri aku , keluarga dan juga entri entri review ! 
Kenapa gitu ? Sebab utamanya ialah aku nak dapatkan pembaca setia. Aku tak nak orang masuk ke blog aku semata mata nak baca entri entri panas saja ! Mereka baca , dan keluar ! Fuhh.. tamo la  ,tamo ! Kenapa aku tamo ? Sebab bila aku buat entri review , tiada orang nak percaya dan nak baca ! Ini amat bahaya ! 
Di profile , aku taknak menipu. Aku bagitau je berapa trafik blog aku. 8 tahun dulu.. sehari boleh dapat lebih 5 ribu pembaca tapi sekarang , dalam lingkungan 1 ribu lebih. Antara sebab lain ialah aku kurangkan entri. Dulu sehari 5-7 entri. Sekarang , 2-3 entri jer. Ada yang 1 entri je.
Tapi aku sangat suka dengan keadaan sekarang. Nampak lebih tulus dan puashati ! Aku tak kejar dah trafik. Aku cerita apa yang aku nak cerita.. 

 Jika anda menipu profile anda , ginilah rupanya bila pergi 'event' ! 

Bila client mintak statistik trafik , aku tanya dia semula.. Apa yang dia nak tengok ? Kalau dia nak tengok berapa jumlah pembaca setiap hari , apakah akan dia dapat jumlah yang sama bila dia iklankan produknya ? Sama seperti menonton tv di waktu perdana.. Memang ramai penonton.. tapi bila iklan , orang gi dapur.. gi toilet ! 
Bagi aku.. kalau nak iklankan produk di blog , cuba tengok apa kandungan blognya.. cara penyampaian dan paling penting , populariti blog tersebut.. kerana apa ? Di situ boleh dibuat keputusan.. Melainkan anda tak kisah semua tu dan inginkan blog yang bagus carian SEOnya.. Ni lain isunya lak ! Heeee.. 
Alhamdulillah.. ada yang bijak menganalisa.. dan yang paling penting , kerjsama selepas mengiklankan.. Jangan harapkan blogger 'menjual' produk anda ! Kami cuma membantu membuat pengenalan saja.. Nak dapatkan ramai pembeli , rasanya bukan dengan sekali dua je promote ! Fuh , gila la kalau terus laris berhari hari seperti pisang panas dengan sekali promosi melainkan blogger tu pakai bikini dan ubah rupa jadi cun giler dan berstatus BUJANG atau ANAK DARA ! 

8 ulasan:

  1. Setujuu blogger bukan jual brang just memperkenalkan sahaja ..

    BalasPadam
  2. Suka ngan statement jujur bro ben

    BalasPadam
  3. hahaha. setuju sangat dengan pendapar bro:)

    BalasPadam
  4. betul setuju dgn pendapat bro ben..Tulis entri berdasarkan apa kita suka.

    BalasPadam
  5. lama sungguh tak komen kat blog abang ben ni...selalu baca, tapi tak komen. betul tu..setuju dgn entri ni...

    BalasPadam
  6. sungguh kalau byk review org muak nk setia....bykkan entri lifestyle...public suka

    BalasPadam
  7. yup..setuju!! terbaek abang ben..:)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009