Buang masa nasihat perokok !

by - Ahad, April 02, 2017

Terbaca artikal ni di Harian Metro mengingatkan aku pada insan-insan yang pernah aku bebel mengenai rokok. Aku bukanlah suka sangat nak buat air liur aku dengan 'basuh'  mereka yang  'terpaksa' merokok ni.. serius ! 
Aku banyak lagi kerja boleh buat.. malas nak buang masa aihhh ! Tapi disebabkan ada insan yang aku sayangi terkorban dek kerana rokok tu laah yang membuatkan aku 'terpaksa' cakap agar datang keinsafan pada diri mereka. Dan yang bagusnya , lepas cakap tu dia keluarkan kotak rokok dia dan hisap depan aku ! Huh ??? Agaknya apa yang aku cakap tadi tu cuma lagu rock kapak di telinganya kot ?? 
Terkilan rasa kekadang bila aku bawak anak anak duduk makan di restoran , ada kenalan datang menegur dan berborak.. di tangannya ada rokok. Apakah dia tak perasan ada budak kecil di situ ? Apakah sebab bukan anak dia , maka dia tak kisah ? Hurm.. Kang tegur, sentap. Payah zaman ni.. 
Ingatlah.. bila sakit nanti , tersadai kita kat hospital. Kawan kawan yang datang melawat pon cuma mampu geleng kepala.. Dalam hati.. " Masa aku nasihat dulu , tak nak dengar.. sekarang baru nak menyesal ? Haih.. sian kat anak bini kena ulang alik hospital sekarang ni.. " .
Artikal dibawah ni sekadar untuk menyampaikan mesej aku. Bukan nak aibkan atau nak burukkan sapa sapa .. Baca dan fahami saja. Ingatlah.. rokok ni bukan saja membunuh si perokok.. mereka yang ada disekeliling perokok tu pon akan terbabit sama ! 

Paru-parunya bocor dan bahagian yang bocor itu terpaksa dibuang. Memang mengerikan, namun itu yang harus diterima Muhammad Aidelhan Surjonoh, 28, akibat merokok. Pemuda yang tinggal di Kluang itu berkata, semuanya bermula dengan sesak nafas pada 24 Februari lalu.

“Mula-mula saya sesak nafas. Pergi ke klinik di Kluang, dan doktor kata mungkin gastrik atau otot tegang, tetapi selepas beberapa hari, keadaan saya masih belum pulih.
“Kemudian saya ke Hospital Pantai Batu Pahat dan sempat jalani pembedahan untuk keluarkan angin dalam paru-paru, tetapi masih tidak pulih. Apabila buat imbasan CT, doktor dapati paru-paru saya bocor."  - Baca selebihnya di Harian Metro.

You May Also Like

1 comments