Buatlah wasiat andai punya banyak harta...

by - Ahad, April 02, 2017

Hurm... aku cukup bosan bila cakap pasal harta harta yang bukan milik aku ni. Entah kenapa gitu pun aku tak tau.. mungkin aku dah diajar dari kecik lagi , kalau nak apa apa.. usaha sendiri ! Jangan harap harta orang terutama mak ayah punya ! 
Ayah dah meninggal dunia. Tanah ditinggalkannya tak bertukar nama. Nak tak nak , seseorang kena uruskan dan aku memang tak berminat nak uruskan sama sekali ! Kalau ikut hati aku , jualkan je. Duit tu masuk tabung anak anak. Tapi orang kata , tanah tu ada 'gunanya'. Hurmm.. Entah la.. 
Hal tanah ni , dari masa sihat lagi kena settlekan. Mungkin 'zaman tu' belum ada cara mudah kot ? Kalau nak harap anak anak uruskan , paham paham je la.. Masing masing ada agendanya ditambah lagi dengan ' sok sek sok sek ' di belakangnya. Duit woi !  Sapa tak nakk... 
Sekarang ada dah e-wasiat. Mana mana yang ada harta tu , silalah uruskan dari sekarang. Jangan tunggu mati baru nak buat.. sian anak anak bercakaran ! Mungkin ada yang tak kisah tapi bila dapat tau value tanah tu harga ratusan ribu atau jutaan ringgit , tergelap jap mata.. kan ? Heeee.. Pak Aji pon leh hilang kopiah wooo ! 
http://wasiat.com.my/
Lakukan sesuatu dari sekarang atau akan 'menyusahkan' anak anak di belakang hari. Teringat satu kes.. Tanah arwah banyak. Termasuk wang tunai di bank. Arwah tiada anak. Cuma ada anak angkat jer. Dan bila meninggal dunia , tiba-tiba datang insan yang selama ini tidak pernah nampak batang hidung.. tuntut harta ! Huhuhuh.. sian kat anak angkat tersebut. Wasiat tak dibuat. Camana nak selesaikan kes gini ? 
Hurmm.. entahlah.. 

You May Also Like

3 comments

  1. Moga dgn adanya e-wasiat ni lebih senang dan lebih kesedaran kpd orang ramai untuk buat wasiat

    BalasPadam
  2. Bab harta ni memang boleh bawak perbalahan. Saya dah tengok sendiri anak² sanggup buang mak dek semata² berebut harta yang arwah ayah tinggalkan. Hurmmm.

    BalasPadam
  3. Bila sebut wasiat orang hanya terfikirkan harta pusaka sahaja. Adakah anda tahu ada tujuh sebab orang buat wasiat. Klik pakar wasiat di atas jika nak tahu lebih pasal sebab buat wasiat

    BalasPadam