Didik anak ke sekolah dengan bawa Bento !

Qhaliff dah ke tadika. Seperti parents yang lain , bab pemakanan adalah sangat penting. Ada segelintir parents yang tidak punya masa akan membekalkan makanan yang tidak sepatutnya diberikan kepada anak kecil mereka.. Aku tamo la nak sebut makanan apa.. kang jadi isu lak ! Tapi aku yakin yang mereka tau makanan tu sangatlah tidak sesuai sama sekali untuk anak kesayangan mereka. Kalau benar sayang , maka elakkanlah ! 
Dengan itu , aku dan wife menyahut kempen Mission Bento Back To School yang mana mengalakkan para ibu bapa membekalkan makanan sihat untuk anak mereka ke sekolah. Yearghhh ! Dan aku beruntung sebab aku ada idea untuk buat Bento sebab pernah buat review sebuah buku Bento ! 
[cover2%255B4%255D.jpg]
Sepertimana yang kita tau , bento ni mampu menarik minat anak kecil kita untuk membawa bekal ke sekolah kerana hiasan comel yang direka dan menarik itu.. Dan secara perlahan lahan akan mendidik mereka untuk amalkan bawa bekal dari rumah dan seterusnya mendidik mengambil pemakanan sihat bermula dari kecil.
Ok.. wife buatkan satu bento untuk Qhaliff. Ada yang tanya , makan ke sayur budak budak ni ? Tak pe.. memang payah diorang nak makan tapi kita 'bagitau' mereka , sayur itu boleh dimakan dan ianya sangat berkhasiat.. Awal awal memang payah..tapi lama kelamaan , bila mereka tengok ada je sayur dalam tu , inshaAllah akan mereka makan. Cam aku sendiri dulu la.. memang payah makan sehinggalah aku dapat tau kerana sayur itulah muka arwah ayah takda jerawat ! Huhu..
Siap satu untuk Qhaliff ! Makankah dia ? Tak kisah.. bagi je dia bawak.. Tunjuk kat dia , dia tergamam ! Stendek dia bila tengok sesuatu yang wow ! Hahahaha.. Masa buat tu , dia ngan Zahra memang datang tengok la.. dok tanya apa tu , apa tu.. Bila cakap untuk Qhaliff , dia tamoooo ! Tapi bila dah siap... haaa ! Berebut ngan Zahra lak. Nasib baik ada lebih roti pita ni.. Makan begitu je pun memang sedap roti pita jenama Mission ni ! Wife menjeling je bila aku dok ratah satu satu roti pita ni. 
Sebenarnya bila buat bento ni depan anak anak , parents dapat luangkan masa bersama mereka. Diorang pun mesti suka dan akan bertanya macam macam. Secara tidak langsung akan membuka minat mereka terhadap makanan yang mereka makan.. mana yang berkhasiat , membekalkan tenaga, berprotein dan sebagainya.. kan ? 
Haaa... Jom tengok bahan-bahan yang dibuat untuk bento kali ni.. 


Bahan-bahan yang digunakan ialah : -

Moon Sandwich

  • 2 keping Mission Wholegrain Wraps yang dipotong dalam bentuk bulan sabit
  • 5 kepingan peperonni
  • saued onions
Untuk styling
  • Salad untuk bahagian dasar.
  • Cherry tomato
  • assorted cereals
  • chocolate buttons

Siappp ! Tu je bahan dia ! Senang kan ? Haaaa.. apa lagi ? Sila la buat.. Hehehe.. Tak susah pon.. kena sabar je.. haahhaha...  Oh , jangan lupa lawat www.missionfoods.com.my dan Facebook serta Instagram mereka.. @Mission Food My

Semoga Berjaya ! 

18 ulasan:

  1. wahh, menarik bentonya...ada bakat jadi chef plak lepas ni encik ben

    BalasPadam
  2. comel, bukan anak jer suka. Ummi oun suka..tapi adeh nak buat tu tak sempat pagi2

    BalasPadam
  3. gini rupa mau berebut ibu dan ank nk mkn huhu

    BalasPadam
  4. Lisa bagi kat little boy ( baya qhaliff lahir bln 7 )bento gak. Tapi tkde sayur..susah juga bg dia nak makan syur ni. , satu lagi takut tercekik ... ke mmg penakut sebenarnya haha

    BalasPadam
  5. bento ni buat gak bila rajin ....tapi bila ada buku camni kita lagi senang sebab dah tersedia idea , tinggal follow jer ....

    BalasPadam
  6. Comelnyaaaa .. Dah tentu2 bersih dan selamat untuk dimakan ..

    BalasPadam
  7. Bagus cara ni. Mulakan dengan sayuran yg tak pahit nanti lama2 ank2 suka mkn sayur

    BalasPadam
  8. Bento comei camni i pun rasa nak makan hehehe. Sambil buat untuk anak, boleh buat utk diri sendiri bawak pi opis kan

    BalasPadam
  9. Along pun stakat ni hari2 bawa bento g skolah tapi xlah cantik macam ni.. hehehe..

    BalasPadam
  10. Bagus sebenarnya bawak bekal bento ke tak bento, jimat dan yakin bersih sebab buat sendiri, duit pun jimat.... Nak try buat tapi tak mampu

    BalasPadam
  11. Menarik... kena rajin dan kreatif ni...

    BalasPadam
  12. memang sedap wrap ni.. kami selalu gak beli.. letak tuna pu sedap ben.

    BalasPadam
  13. Mmm.... menyelerakan!
    Ada lagi tak? Nak satu set pleaseeeeee....

    BalasPadam
  14. Bagus buatkan anak benti..makanan berkhasiat

    BalasPadam
  15. Sedapnya.. nanti nak buat juga

    BalasPadam
  16. comel kan,tak de anak besar lagi,buat tuk laki la,selalu bungus dalam kertas je hahahha...konpem dia makan sorok2 bawah meja hahahha

    BalasPadam
  17. Bagus juga bento ni ye utk buat bekal anak. memang tgh cari menu yg ringkas, mudah, cepat siap, berkhasiat dan mampu mengelakkan anak berbelanja di kantin hu hu

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009