Jus bawang besar ? Haru sungguh laaa wei !

Balik dari jumpa seorang rakan di Putrajaya, aku terus buat jus 'darah tinggi'.Oh, aku saja saja' lepak berisi' dengan dia kat sana sambil bercerita mengenai kewangan peribadi dan cara pengurusan yang betul. Satu ilmu yang cukup bermanfaat sambil mencuci mata tengok langit biru.. Langit biru la sangat ! Hahahaha..
Jus ' darah tinggi' aku ni mengabungkan saderi , epal hijau, lobak merah , tomato. Memang sedap la minum dan Alhamdulillah , sering membuatkan tekanan darah menjadi normal. Kalau tak , memang mencecah tinggi di awan. 
Cuma malam tadi tu , bahan bahan yang tersedia buat aku garu kepala ! Aku nak tanya wife , dia dah tidur.. hehehe.. Aku puas pikir.. nak 'dicampurkan' ke tak ? Kalau campur , mesti ada rasa lain nanti ! Tapi mesti ada sebab nape wife letak dengan bahan bahan yang biasa aku guna ! Hurmm.. Aku nekad ! Aku campurkan sekali laa.. Mungkin mampu buang angin dalam badan ? Kan kan ? Mana tau wife dapat resepi baru yang aku tak tau kelebihannya ! Kan kan ? 
Aku masukkan saderi , epal.. pastu Zassssssss ! Fuh , sedap ! Terliur dah rasa .. Kemudian, masukkan lagi dan lagi ..sampai abis ! Giliran bahan baru lak ! Tawakal je la.. Aku masukkan bawang besar yang wife dah hiris kecil !  Bila diblend , dia punya bau naikkk.. fuhhh , pedih mata ! Hahaahha.. Boleh ke minum ni ?? 
Siap... Aku minum jus tu dan rasanya... Arghhhhhhhhhh !!! Arghhhhhh !! Paginya aku tanya wife.. bawang tu memang salah satu bahan dia ke ?? Tak pasal pasal aku kena bebel ! Hahahaha..

2 ulasan:

  1. Hahahaaa, bawang besar utk buat sambal tumis lah aben. Lawak betul!

    BalasPadam
  2. Hahhahahha lucu lah ben ni..kelakar!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009